Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Ensearch pinopoingkavas toihaan kokomoi ponguhudan sandad posoihi |  Komontilian Kotundaan Habus Kakadazan Sabah pinapaanjul 45 tudon Abaabazan Mesej |  CPI rose 3.5% to 109.9 in March |  IFCA, SHAREDA to hold special GST workshop |  Rising middle class to drive automotive demand in Malaysia |  FM Autohaus launches new third generation MINI Cooper and MINI Cooper S in Sabah |  Jawatankuasa Khas ditubuh tangani masalah pembeli rumah apabila GST dilaksana |  Yahya: Program Rancangan Tebatan Banjir Sungai Menggatal akan diteruskan |  1,277 KM JALAN LUAR BANDAR SUDAH DIBINA |  Duo win doubles golf tourney by two strokes |  Cebagoo suffer first home defeat |  RM1.5m to upgrade rural football fields in Sabah |  Two-bronze show |  Boston remembers marathon victims one year on |  Putin warns Ukraine on brink of civil war as Kiev sends army in | 
 BM

5 KUMPULAN KONGSI GELAP AKTIF DI SABAH

30th August, 2013

PUTRAJAYA: Lima kumpulan kongsi gelap aktif di Sabah, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Beliau berkata kumpulan itu ialah ATAP, Hung Ann, Sui Yuk, Otai dan Borneo Red EMP.

Beliau juga turut mendedahkan Geng 04 dan Geng 08 yang didalangi kaum India merupakan kumpulan kongsi gelap paling aktif dan bahaya daripada 49 kumpulan kongsi gelap di negara ini.

Abdul Rahim berkata Geng 04 yang mempunyai 5,440 ahli aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur dalam pengedaran dadah, tarik kereta, jaga tempat meletak kereta, bouncer (penjaga kelab malam), pungut wang perlindungan dan melakukan jenayah menggunakan senjata api dan senjata tajam.

“Manakala Geng 08 ditubuhkan sejak tahun 1970-an mempunyai ahli seramai 4,423 aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan serta Melaka dan melakukan aktiviti yang sama, “ katanya dalam sidang media semasa mengumumkan senarai nama 49 kumpulan kongsi gelap di negara ini di pejabatnya di sini.

Beliau berkata kongsi gelap tersebut juga melakukan aktiviti yang mudah untuk memperolehi dana seperti perjudian, maksiat dan pelacuran.

Abdul Rahim juga mendedahkan dua kumpulan kongsi gelap yang didalangi kaum Melayu adalah pecahan daripada persatuan Pekida Malaysia iaitu Double 7 ditubuhkan sejak November 2005 yang aktif di 28 kawasan seluruh Semenanjung dan mempunyai 1,053 ahli.

Katanya kumpulan Tiga Line yang menggunakan tiga warna utama iaitu hijau, biru, merah mempunyai 729 ahli aktif di 20 kawasan di Kuala Lumpur, Kedah, Perak dan Selangor dan menurutnya sebuah lagi kumpulan Melayu ialah Geng 30.

Kumpulan lain yang didalangi kaum India, katanya ialah Geng 21 (turut dianggotai kaum Cina – 2,357 ahli), Geng 24 (turut dianggotai kaum Cina – 758 ahli), Geng 35 dan Geng 36 (turut dianggotai kaum Cina – 8,512 ahli), Geng 03 dan Geng 38 (turut dianggotai kaum Melayu dan Cina) dan Geng Satu Hati.

Kumpulan yang dianggotai kaum Cina ialah Geng 24 dan Geng 18 (1,209 ahli), Geng 36, Geng 21, Ang Soon Thong, Wah Kee, Sio Sam Ong, PNEH, Hong hong San, Hai San, Sin Ang Bin, New Cell 20, Jit It Hai, Sio Koon Tong, Gee Lam Kor, Ger Ah Eng, Loh Kuan, Tiang Yee Tong dan Geng Leng Hor, Geng 35 dan Geng 303.

Di Sarawak, kumpulan yang dikenal pasti ialah Ah Ngau, Batu Tiga, Ah Feng, Batu 10, Sibu Ti, Ah Seng, Ah Chin, Lee Lung, Lo Han, Sg Merah, Sg Badut, Ting Ching Lee, Teksi Station, Pintu Merah dan Krokop.

“Di Sarawak kalau masih ingat mereka juga yang mengawal harga barang masak seperti telur satu masa dahulu,” kata Abdul Rahim.

Beliau berkata kaum India mencatatkan jumlah ahli kongsi gelap yang tertinggi iaitu 28,926 diikuti Cina (8,214), Melayu (1,923), Sarawak (921), Sabah (329).

Abdul Rahim berkata tiada sesiapa dibenarkan menggunakan semula tulisan, senarai anggota, panji-panji, logo, simbol atau tanda berhubung dengan sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Mengenai ketua kongsi gelap atau ‘mastermind’, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat mengenai perkara itu namun pihaknya tidak menafikan ketuanya sering kali bertukar.

Katanya PDRM juga akan menyiasat mengenai sama ada gangsterisme di kalangan pelajar sekolah ada kaitan dengan kegiatan kongsi gelap tersebut.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline