Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Petronas launches Kaamatan webfilm |  Love is strictly a one person’s business |  Pertandingan Togungguh perlu disebarluaskan: Bubudan |  Sutera Harbour win fifth consecutive title |  Local heroes triumph in Padawan 4X4 cliff-hanger |  Ridzwan begins training with national futsal team |  Tawfiq wants lawn bowlers to focus on 2016 Sukma |  Locals take centre stage at Sunset Music Fest |  Deploy drones, human detection radar system to secure borders |  Advanced orthopaedic, spine surgery now at Gleneagles KK |  Former MMA chief queries proposed Pharmacy Bill |  Lorry driver cheated death |  Man, 30, held in bakakuk, syabu probe |  Education budget cuts not necessarily bad thing – UiTM prof |  SEC officially commissions its 8th station at Tuaran Crumb SB factory | 
 BM

Pulau Sebatik tuan rumah Pertemuan Budaya Orang Asal Sabah tahun depan

27th August, 2013

TAWAU: Kampung Mentadak di Pulau Sebatik akan menjadi tuan rumah program Pertemuan Budaya Orang Asal Sabah pada Jun tahun depan, kata Pengarah Eksekutif Pertubuhan Rakan Komuniti Sabah (Pacos Trust) Anne Lasimbang.

Beliau berkata pemilihan Kampung Mentadak itu dibuat berdasarkan keputusan undian pada program Pertemuan Budaya Orang Asal yang diadakan di Tongod, Kinabatangan Jun lepas dan dijangka dihadiri tidak kurang dari 500 orang.

“Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan yang kami adakan khas untuk komuniti Orang Asal Sabah bagi membolehkan mereka berkongsi isu-isu kebudayaan seperti tarian, sukan tradisi dan makanan. Tahun ini di Tongod manakala tahun depan di Pulau Sebatik.

“Ada komuniti Orang Asal Sabah tidak tahu bahawa sebahagian daripada komuniti Orang Asal di Sabah ialah komuniti Tidung. Mereka tidak tahu kehidupan masyarakat Tidung,” katanya kepada Bernama pada program Bengkel Pembinaan Keupayaan Pemimpin Kampung Pulau Sebatik baru-baru ini.

Anne berkata antara objektif pertemuan itu ialah pertukaran budaya dan pengetahuan di kalangan Orang Asal Sabah dari segi tarian dan makanan serta mengeratkan hubungan sesama merek Beliau berkata banyak faedah bakal diperoleh melalui pertemuan kebudayaan seperti itu terutama untuk mengenali kebudayaan antara satu sama lain sekaligus menghapuskan persepsi negatif yang sebelum ini timbul di kalangan sesama orang asal Sabah.

“Sebelum ini mereka (kalangan Orang Asal) ada yang menganggap komuniti orang asal tertentu jahat dan suka meracun orang lain. Bagaimanapun, dengan pertemuan ini, prasangka seperti itu dapat dikikis,” katanya.

Timbalan Pengerusi Persatuan Komuniti Tidung Tawau (Pakot) Yusof Isid@Ujang pula berkata mereka gembira dipilih sebagai tuan rumah Pertemuan Budaya Orang Asal Sabah dari seluruh negeri kerana peluang seperti itu jarang diberikan.

Yusof mengingatkan masyarakat di pulau berkenaan supaya bersedia lebih awal untuk penganjuran program berkenaan dengan menyediakan apa yang mereka boleh jual pada masa itu termasuk tikar anyaman.

“Melalui program itu, sukan-sukan tradisi masyarakat Tidung seperti ‘sipak meligai’ yang telah pupus dapat dihidupkan kembali. Anak-anak kami di pulau ini, terutama suku kaum Tidung, ramai yang sudah tidak tahu membuat kraf tangan, malah ramai yang sudah tidak mengenali kuih tradisi mereka,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline