Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Ponginsomokan kimpin id PRU-14 mositi posimbanon: Zahid Hamidi |  Boos Onggilis kopoinsavat kahansanan mogiboboos id nazatan sompomogunan |  SOGILIT KIHOOGO RM10.9 LIZONG NAGAMU PPM |  K'jaan beri peluang warga emas dalam pembangunan negara, kata Jainab |  Jangan terpengaruh pandangan negatif orang luar: Ellron |  Kesejahteraan keluarga asas pengukuhan negara bangsa: Rosnah |  JPKA Sabah akan wujud jawatankuasa khas bantu pesakit Alzheimer |  Pemimpin akar umbi disaran bantu beri penerangan GST kepada rakyat |  Jalaluddin cadang guna kapal tukar barang di ESSZONE dikaji semula |  Kualiti guru tidak pernah diketepikan, kata Sapawi |  CUBAAN SELUDUP ROKOK NILAI RM10.9j DIPATAHKAN |  Rodgers: Liverpool have gone backwards |  Sabah to stage nation’s first ever AFC Level II Futsal Coaching Course |  Artistic gymnastics set to reach new heights |  Patron's Cup elevated into charity event | 
 BM

KDN AKAN UMUM SENARAI NAMA KONGSI GELAP: ZAHID

270813-lead-1
MESRA … Zahid menyambut mesra ahli Kongres Amerika Syarikat, Eni Faleomavaega ketika terima kunjungan hormat tetamu itu di pejabatnya di Putrajaya kelmarin.

27th August, 2013

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ia akan diumum dalam waktu terdekat selepas proses pewartaan selesai dibuat.

“Kami dah ada senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega di sini kelmarin.

Ahmad Zahid berkata langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

“Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah,” katanya.

Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain.

“Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak,” katanya.

Mengenai Ops Cantas, Ahmad Zahid berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Pulau Pinang.

“Tumpuan turut diberikan di seluruh negara dan polis sudah bersiap sedia untuk bertindak kerana telah menghidu beberapa lagi jenayah terancang yang akan dilakukan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menjelaskan keselamatan keseluruhan rakyat lebih penting daripada menjaga jumlah mereka yang akan dikenakan pemakaian peranti pengawasan elektronik (EMD).

“Dalam hal ini bukan soal hak asasi manusia tetapi bagaimana identifikasi untuk menentukan keamanan itu dapat dilaksanakan di negara kita,” katanya.

Beliau mengulas mengenai EMD yang akan digunakan ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), menerima kritikan pihak tertentu.

EMD bertujuan mengesan suspek jenayah terancang dan kejam bagi memastikan mereka tidak melakukan jenayah lain semasa dalam jaminan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline