Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sustainable global devt practice critical in becoming high-income nation |  ‘Battle of the Reds’ at Likas Stadium in November |  Phoong praises Special Olympics Sabah athletes |  Marine police detain 20 paperless individuals |  Kumpulan rock masih dirindui |  Two cousins out to preserve Dusun ethnic music |  Govt proposes additional budget for 2020 Visit Malaysia Year Campaign |  Face mask sales up significantly due to haze |  GES Global scholarship info day in Sandakan |  KPLB popointutun Hamin Sejahtera id MESEJ om Kampung Sejahtera |  PPM minanalob kipogowitan tontolu ponsu, tumau petrol |  Jamilah johan Pertandingan akhir Bintang Patriot Sandakanfm |  Gigi aset berharga dan istimewa kepada manusia: Munirah |  Wanita Palauh nyaris maut rempuh Myvi |  Kelab Lions Mandarin Labuan terima sumbangan projek House Of Love Lions | 
 BM

Pemandu bersama anaknya rentung kereta terbakar, meletup

11th June, 2016

OLEH JAINUDIN DJIMIN (jainudin@newsabahtimes.com.my)

LABUAN: Seorang lelaki tempatan bersama seorang anak lelakinya rentung apabila kereta jenis Gen2 yang mereka naiki terbakar dan meletup di tepi jalan berdekatan sekolah Chi Hua, di Jalan Tanjung Bendera, dekat sini, tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Adzhar Osman, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari, kelmarin.

Katanya, semasa mangsa memandu melalui Jalan Tanjung Bendera menuju ke simpang Tadika Chi Hua, kereta tersebut tiba-tiba telah meletup di bahagian belakang bonet menyebabkan cermin bahagian belakang pecah dan bertaburan atas jalan raya.

“Akibat letupan itu mangsa dilihat oleh beberapa saksi cuba menyelamatkan diri bersama seorang lagi penumpang yang dipercayai anak mangsa, bagaimanapun tidak berjaya” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Menurut beliau lagi, berlaku letupan kedua kira-kira 90 meter dari jarak letupan pertama, sebaik kereta berkenaan masuk ke jalan pintas Tadika Chi Hua mengakibatkan kereta tersebut terbakar lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.

“Kedua-dua mangsa cuba diselamatkan oleh orang awam namun gagal kerana api terlalu marak. Api hanya dapat dipadamkan selepas 10 minit oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Polis telah mengesahkan kedua-dua mangsa dikenali sebagai Yunus Japar, 39, berbangsa Brunei dan anaknya Muhammad Darwisy Haiman Yunus, 5 tahun.

Kedua-duanya rentung 90 peratus ketika ditemui di dalam kereta dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

   
Email Print
   
 
 
E-browse