Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
BOOS ATAG MOGOVIT SABAH HUMABUS MANTAD MALAYSIA |  KRT harus diwujud di setiap kampung bangunkan m'rakat pelbagai kaum |  Usaha bangunkan bandar Sandakan destinasi pelancongan giat dijalankan |  TPM: SUARA CADANG BAWA SABAH KELUAR DARI M'SIA JEJAS PERPADUAN RAKYAT |  Agger leaves Liverpool for Brondby |  Chelsea flop Torres set to join Milan on loan |  Ann clinches maiden MMA win |  Parents 'kidnap' boy with brain tumour, could be in Spain |  Kerry urges global 'coalition' to fight IS jihadists |  Hishammuddin denies opposition's MH17 claims |  Stay away from clinics and hospitals |  PM OUTLINES THREE MERDEKA MESSAGES |  Do not allow guilt or blame to force its hand |  Audi A3 Sedan |  PPDNKK nakagamu diesel kihoogo RM22,775 | 
 BM

Pergerakan Syiah di Sabah dipantau

310713-lead-2
TEMU RAMAH ... Arifin (kanan) dan Amri semasa di temu ramah selepas mesyuarat jawatankuasa Jheains.

31st July, 2013

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) akan memantau pergerakan Syiah dan ajaran sesat yang lain agar tidak tersebar luas kepada umat Islam di negeri ini.

Menurut Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, penguatkuasaan dan pemantauan dari masa ke masa akan dilaksanakan bagi mengelakkan akidah umat Islam terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

“Jheains sedang memantau pergerakan ini dan kita akan mendapat nasihat mufti berhubung perkara ini.

“Saya berharap kita akan dapat menganjurkan seminar tahun ini berhubung dengan kefahaman Syiah kerana walaupun pengikutnya kurang di Sabah, kita harus berhati-hati dan memandang serius perkara ini kerana ia bukan dari golongan sunnah wal jamaah,” katanya semasa di temu ramah selepas majlis mesyuarat jawatankuasa Jheains di Masjid Negeri disini, kelmarin.

“Kita harus merujuk kepada orang yang berwibawa apabila menyentuh tentang masalah kefahaman ini seperti jabatan mufti, Jheains dan Jakim,” kata Arifin.

Tambahnya, di Sabah memang terdapat kumpulan Syiah seperti di Sandakan dan Kota Kinabalu yang sedang dipantau oleh pihak Jheains agar mereka tidak menyebarkan ajaran ini kepada orang Islam.

Selain itu, mesyuarat sekali dalam tiga bulan di peringkat pusat turut diadakan bagi membincangkan perkembangan keseluruhan ajaran sesat ini.

“Kita juga melihat selain Syiah, ada gerakan semula bangkit seperti Al-Arqam yang dulunya bergerak melalui Rufaqa dan sekarang melalui Global Ikhwan.

“Selain itu, ajaran Qadiani yang mendakwa ada nabi selepas Nabi Muhammad saw telah difatwakan sebagai ajaran yang keluar daripada Islam. Jangan terpengaruh dengan ajaran- ajaran sesat ini,” katanya.

Turut hadir adalah Pengarah Jheains, Datuk Amri A Suratman dan Mufti Negeri, Ustaz Bungsu @ Aziz Haji Jaafar.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline