Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Pakalaja polinta mositi kisinoou om maganu haang id habus koubasanan popoimbuhai sinoou obinsupu |  PPM Lahad Datu minomogundop ponginaman mogohimu humabus binjin |  RM92 LIZONG PINOOBI MONTOK KAGANAPAN OM KAKAMOT LOGISTIK PDRM DI TOUN NAKATAHIB |  KWPS ingatkan ahli tidak terbabit penipuan pengeluaran |  Lebih 5,000 syarikat di Sabah berdaftar CBP |  Kerajaan peruntuk RM92j untuk PDRM mantapkan tugasan |  Batu Sumpah bukan boleh dibuat sesuka hati |  Penekanan integriti berjaya transformasi negara, kata Azmi |  MARA sedia peruntukan RM1.35 juta latih usahawan Sabah |  RCI akan kemuka laporan siasatannya tidak lama lagi, kata Ahmad Zahid |  KONSPIRASI DAN KEKHILAFAN DALAM ANALISIS DNA: PEMBELA |  Garcia, Reed to face off in CIMB Classic |  M’sia clinch inaugural AFF Beach Soccer title |  Over 100 golfers set to participate |  Swimmers splash to 14 gold medals | 
 BM

Tiada kenaikan harga gas memasak

14th May, 2013

SANDAKAN: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan berlaku kenaikan harga gas memasak di daerah ini.

Ketua pejabatnya di sini, Joe Azmi Jamil berkata harga bahan itu masih pada kadar ditetapkan iaitu RM26.60 setong bagi berat 14 kilogram, dan mereka yang membeli pada harga lebih tinggi diminta membuat laporan kepada pihaknya.

“Pengguna dinasihatkan agar tidak mendengar khabar angin dan mempercayainya lalu menghebahkannya.

“Mereka sebaliknya diminta membuat laporan kepada pihak KPDNKK sekiranya mempunyai maklumat berhubung kenaikan harga barangan atau harga tidak berpatutan di kawasan masing-masing bagi memudahkan kami mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi Bernama kelmarin.

Azmi berkata pihaknya memantau kedai- kedai runcit yang menjual gas memasak bagi memastikan tidak ada pihak yang sewenang- wenangnya menaikkan harga bahan itu dan barangan terkawal lain.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pengguna dicaj harga lebih tinggi oleh peniaga kerana menggunakan khidmat penghantaran ke rumah.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline