Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Tiga lelaki, seorang wanita warga Filipina ditahan |  Pengambilan temuduga SSPDRM Lahad Datu, Kinabatangan bermula |  Pelbagai acara sepanjang Karnival Rakyat dan Konsert Tahun Baru 2015 |  Amaran angin kencang, laut bergelora di perairan Sabah |  PBT perlu lebih kreatif berkomunikasi kepada orang awam, kata Hajiji |  TIGA MAUT DALAM LETUPAN DI KILANG |  Mato balajalan pongindapuan mositi pointutunon tumimpuun id sikul pangan takavas koiso |  Mohoingon pokionuon maganu pongintangan balajalan kopoguhu tanak |  MISASAVO NOPUJULAN KINIOPON ID KOHIGAGANAN TALUN-ALUN |  Bandar Sandakan terus membangun |  Kes culik gemparkan Sabah pada 2014 |  Labuan susun 10 program tarik pelancong tahun depan: Mahathir |  PEKADIN sambut baik pengumuman segera TOR Jawatankuasa Kerja RCI |  Dua maut dalam kemalangan ngeri di Bulatan Sigah Donggongon |  ADUN INANAM LETAK JAWATAN? | 
 BM

SHAREDA anggar 50,000 unit rumah skim mampu milik akan siap dibina

5th May, 2013

PUTATAN: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) menganggarkan sekurang-kurangnya 50, 000 unit rumah skim mampu milik akan siap dibina di negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang bagi membekalkan lebih banyak rumah kepada rakyat berpendapatan sederhana.

Bagi merealisasikan usaha itu, Presiden SHAREDA, Francis Goh berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan badan-badan berkanun kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), One Prima Berhad, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN).

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena majlis penyampaian lesen pendudukan (OC) serta penyerahan kunci rumah kepada sebahagian pembeli rumah Putatan Platinum Apartment di sini kelmarin.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, Datuk Yahya Hussin kelmarin.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Cawangan SPNB Sabah, Reggie Sua @ Mohd Hafiz dan Ketua Eksekutif Majlis Daerah Putatan, Awang Saifudin Haji Jumat.

Francis yang juga merupakan Pengarah Syarikat Kinsadana Sdn Bhd berkata projek pembangunan Putatan Platinum Apartmen itu adalah satu projek skim mampu milik yang telah dibangunkan oleh SPNB bersama syarikatnya dan telah dilancarkan pada tahun 2000.

Menurutnya, kawasan perumahan yang menelan kos sekitar RM250 juta itu berkonsepkan pembangunan yang berpaksikan penjualan dengan harga rumah daripada RM168 ribu ke RM198 ribu tetapi dapat menikmati kemudahan kondominium mewah seperti tempat letak kereta bawah tanah, kolam renang, club house dan surau.

Sehingga kini, Kinsadana Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Kinsabina Sdn Bhd telah berjaya membantu SPNB menyiapkan lebih daripada 3,000 unit rumah skim mampu milik seperti 1,012 unit Putatan Platinum Apartmen; 1,600 unit Apartment di Darau Menggatal; dan 550 unit Apartment Vista Kiranau di Penampang.

Dalam pada itu, Syarikat Kinsadana Sdn Bhd juga telah memperuntukkan RM600 ribu bagi melebarkan jalan raya masuk daripada lampu trafik Putatan ke bulatan di hadapan Servay Hypermarket daripada sehala kepada dua hala.

Francis berkata projek itu adalah sebagai satu tanggungjawab sosial bagi menangani kesesakan trafik yang pastinya akan timbul sebaik sahaja Putatan Platinum Apartment siap dihuni oleh lebih kurang 5, 000 penghuni baru.

Penyerahan kunci akan mula dilaksanakan hujung bulan ini sempena cuti Pesta Menuai bagi memudahkan para pembeli datang mengambil kunci rumah masing-masing.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline