Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Sanganu kadai taakanan nolugi RM17,000 naavan do pakakaja |  Ruji dinadi Potunud Tuhun Ginumuan ESSCOM |  SABAH KOTUMBOZO DO M’SIA KIUMUL 51 TOUN |  Tagal mampu lindungi hidupan sungai: Bobbey |  Kru kapal MV Lewek Kestrel ditemui lemas |  Pemuda Umno mahu 45 peratus pengundi muda Pengkalan Kubur didekati |  Tindakan pertikai hari kemerdekaan nasional mampu timbul kekecohan |  Anak jati Tawau dilantik Pengarah Awam ESSCOM |  Dua jenazah juruterbang MH17 antara 9 jenazah yang tiba di Malaysia hari ini |   |   |  PEKERJA RESORT CUBA CABUL PELANCONG ASING |  Khairy: Tighten control at clash-prone matches |  Khairy: Chong Wei’s passion has no comparison |  Regatta records biggest participation | 
 BM

Rakyat Sabah tidak perlu tukar kerajaan: Masidi

30th April, 2013

RANAU: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan Datuk Masidi Manjun berkata rakyat Sabah khususnya di daerah ini tidak perlu menukar kerajaan hanya semata-mata mahukan perubahan kerana kerajaan sedia ada telah melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh rakyat daerah itu supaya memberikan sokongan padu kepada calon-calon BN bagi memastikan program-program pembangunan yang dirancangan dapat diteruskan.

“Barisan Nasional tidak perlu ditukar untuk membolehkan bangsa Dusun maju. Apa yang perlu ditukar dan diubah ialah sikap pihak-pihak tertentu yang kurang bertanggungjawab kerana selalu melihat keburukan daripada kebaikan.

“Buat apa tukar kerajaan kerana kerajaan sedia ada sudah terbukti sebuah kerajaan yang prihatin terhadap semua lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program bertemu rakyat di Balai Raya Kampung Pasir Putih, di sini, kelmarin.

Program itu turut disertai Ketua Wanita Umno Ranau Datuk Amisah Yasin, Pengarah Pilihanraya DUN Karanaan Jaimin Samitah dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Ranau Faez Nordin.

Menteri Pelancingan, Kebudayaan dan Alam Sekitar itu percaya melalui manifesto atau Aku Janji BN yang telah dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan manifesto tambahan yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, akan lebih banyak pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh BN untuk rakyat di negeri ini.

Beliau berkata antara Aku Janji BN ialah menangani kos sara hidup dengan menambah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehinggah RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan, meningkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.

Selain itu katanya, BN juga komited untuk menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia dan membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.

“Penduduk di daerah ini juga akan menikmati jalan raya yang lebih selesa iaitu jalan baru menghubungkan Kota Kinabalu – Ranau bernilai lebih RM400 juta yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini. Ia bakal meningkatkan ekonomi para penduduk di kawasan yang dilalui oleh jalan tersebut,” katanya.

Masidi berkata, BN telah terbukti membawa pembangunan dari pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan dan sosial.

“Kita tidak sekadar cakap kosong tetapi kita buat kerja dan kita ikhlas berkhidmat untuk rakyat.

“Sebagai penduduk daerah Ranau, kita harus berbangga kerana Ranau kini semakin maju. Terdapat banyak aspek yang telah memperlihatkan kejayaan kita sama dalam pendidikan mahupun sukan di peringkat sekolah dan Ranau juga merupakan daerah pengeluar graduan universiti yang paling ramai setiap tahun,” katanya.

Katanya lagi, dari aspek perjawatan pula, ramai anak jati daerah itu kini memegang jawatan tinggi dalam sektor awam dan swasta.

“Oleh itu mari lah kita sama-sama bersatu padu dan bekerja keras untuk mencapai wawasan kita di bawah naungan Barisan Nasional,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline