Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Oduan popoinsavat hoogo taakanon daat id uvang ponuuan kumuung |  Pongkimamaan mintamong kedaulatan pogun mantad osuang |  TINAN MUNGGUI MH17 AU OOVIT POGUHUI AIDILFITRI |  Zakaria: Berhati-hati ketika lalui Jalan Labuk |  BN prihatin sediakan rumah ibadat rakyat berbilang kaum di Sabah: Radin |  Jangan naik harga ikan khususnya kawasan perintah berkurung, kata Jainab |  Lush Cosmetics biayai usaha Sabah cegah perdagangan tenggiling Sunda |  Masyarakat dipelawa sertai program Sukarelawan Koreksional |  Kestabilan ekonomi bolehkan agensi kerajaan hulur bantuan |  KOPEKS koperasi terbaik kategori kredit, kewangan di Sabah tahun lalu: Maznah |  MAYAT MUNGKIN TIDAK DAPAT DIBAWA PULANG SEBELUM AIDILFITRI: PM |  Suarez, Rodriguez to debut in El Clasico |  Triathlete Stimpson wins first gold |  Ilmie triumphs after see-saw battle |  Karateka Cairola does Sabah proud | 
 BM

Pembuangan bekas tidak digunakan punca pembiakan nyamuk aedes

22nd April, 2013

SANDAKAN: Pembuangan bekas yang tidak digunakan di merata tempat menjadi punca pembiakan nyamuk aedes.

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Karamunting, Charles Pang Su Pin, berkata ini kerana air boleh bertakung sekiranya masyarakat tidak mengubah amalan kehidupan seperti membuang bekas-bekas ke tempat pembuangan yang betul.

“Tempat yang paling kerap dijumpai pembiakan aedes adalah di kolah-kolah air, baldi-baldi air serta bekas-bekas plastik yang lain dalam rumah.

“Untuk bahagian luar rumah pula, tanah-tanah lapang juga menjadi masalah pembiakan nyamuk aedes kerana dijadikan tapak pelupusan sampah haram,” katanya

Sehubungan dengan itu, beliau menekankan pentingnya untuk menjaga kebersihan persekitaran dan menghapuskan tempat takungan air seperti tin-tin kosong, tayar-tayar buruk, dan pelupusan sampah sarap dengan sempurna.

Menurutnya, tabiat membuang sampah merata-rata tempat yang tidak sepatutnya hendaklah dielakkan kerana pihak kerajaan seperti Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah pun menyediakan jadual kutipan sampah mingguan serta tempat kutipan sampah domestik.

“Jadi mengapa kita tidak menggunakan kemudahan yang telah disediakan ini. Sekiranya ada keperluan untuk menambahkan tong-tong kutipan sampah domestik sedia ada, penduduk boleh menyalurkan cadangan penambahan kepada MPS melalui pihak Ketua Kampung atau Jawatankuasakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Marilah kita mengubah amalan kita yang lama kepada pembuangan dan pelupusan bekas tidak digunakan secara sempurna, bersistem dan teratur,” jelasnya semasa menyempurnakan perasmian Program Gotong-Royong Membanteras Wabak Denggi di Kampung Karamunting, dekat sini, kelmarin.

Program anjuran bersama Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, MPS dengan penduduk setempat itu berlangsung di perkarangan Surau Ar-Rahman Karamunting.

Teks ucapan Charles Pang telah disampaikan oleh Ketua Penerangan Umno Sandakan, Abdul Hamid Sabal. Hadir sama Timbalan Presiden MPS, Haji Mohd Hamsan Awang Supain dan wakil pegawai Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr.Maini Sabait.

Calon BN di Karamunting itu seterusnya menegaskan gotong-royong membanteras wabak denggi ini merupakan kesinambungan daripada program ‘Bah! Mari Kita Kasi Mati Aedes’.

Katanya, ia bagi menggerakkan komuniti supaya bertindak menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar rumah di samping meningkatkan tahap kefahaman komuniti tentang bahaya aedes serta cara menghapuskannya.

Dia percaya pendedahan yang diberikan berkenaan langkah-langkah pencegahan penyakit demam denggi akan membantu usaha membanteras wabak berbahaya kepada manusia itu.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, khususnya Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, Persatuan Penduduk, masyarakat setempat dan sebagainya yang memberi sokongan padu bagi menjayakan program ini,” tambah beliau.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline