Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
The Right Mattress Matters |  578 vongkos bunga tapui om bodilan nagamu do Koupisan Kositum Sabah |  M'sia nakaanu piokunan miampai buuan di monguasa tampat kinantakan |  KUTAK TOITOM MH17 PATAAKON KUMAA MALAYSIA |  Prestasi semua Pejabat Pelajaran Daerah perlu ditingkatkan: Mary Yap |  Lebih banyak bangunan baharu akan dibina di Pekan Tuaran |  Dua lelaki ditahan selepas larikan kereta milik Pengarah Jabatan Kastam |  APMM tahan tiga bot nelayan di kawasan perintah berkurung |  Polis Papar berjaya rampas pelbagai jenis mercun, bunga api |  YS tidak pernah abai CSR, kata Sapawi |  KOTAK HITAM MH17 AKHIRNYA DISERAHKAN KEPADA MALAYSIA |  Dyke: Qatar 2022 summer World Cup too dangerous |  Rodriguez pens US$108m Real deal |  Five potential winners for gold |  4x4 challenge adds spice to Sipitang do | 
 BM

UMNO SABAH KEMUKA ENAM MUKA BARU

170413-lead-1f-new
BERSATU ... Musa (lima kiri) bersama pemimpin BN yang lain mengangkat tangan selepas mengumumkan calon-calon BN.

17th April, 2013

KOTA KINABALU: Umno Sabah salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) mengemukakan enam muka baru untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Muka-muka baru itu ialah Datuk Mohd Yusof Afdal adik kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi DUN Lahad Datu, Ketua Umno Bahagian Sepangggar Datuk Jumat Idris (Parlimen Sepanggar), Setiausaha Pemuda BN Sabah Mohamad Alamin (DUN Bongawan), Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Aliasnih (DUN Klias), Ketua Umno Bahagian Beluran Datuk James Ratib (DUN Sugut) dan Setiausaha Politik kepada Shafie, Datuk Jaujan Sambakong (DUN Sulabayan).

Ketika mengumumkan senarai calon daripada Umno di Bangunan Umno, di sini, kelmarin Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Musa Aman akan mempertahankan kerusi DUN Sungai Sibuga.

Manakala mereka yang digugurkan ialah bekas Anggota Parlimen Silam Datuk Salleh Kalbi dan empat calon DUN iaitu Datuk Japlin Akim (Usukan), Datuk Karim Bujang (Bongawan), Datuk Surady Kayong (Sugut) dan Datuk Harman Mohamad (Sulabayan).

Bekas anggota DUN Klias Datuk Azizah Mohd Dun dan bekas ADUN Lahad Datu Datuk Datu Nasrun Datu Mansur bertukar kerusi masing-masing akan bertanding untuk Parlimen Beaufort dan Silam.

Sementara itu, Musa turut mengumumkan speaker DUN dan bekas anggota Parlimen Kota Belud Datuk Salleh Tun Said dicalonkan semula bagi kerusi DUN Usukan manakala kesemua penyandang dicalonkan semula.

Salleh yang memiliki doktor falsafah dalam bidang politik memberi laluan kepada setiausaha BN negeri Datuk Rahman Dahlan pada pilihan raya lepas.

Musa pada sidang akhbar berkata calon bagi kawasan Parlimen Tenom dijangka diketahui selewatnya esok.

Katanya, gabungan muka baru dan lama yang berpengalaman luas akan menjadi pasukan terbaik yang akan memastikan kemenangan BN di negeri ini bersama rakan-rakan parti komponen BN yang lain.

“Kita memberi peluang kepada semua wakil rakyat yang baru panggal pertama mewakili kawasan masing-masing untuk membolehkan mereka melaksanakan projek dan program yang telah dirancang di kawasan mereka.

“Kita juga akan terus bekerjasama dengan semua parti komponen BN dan berjanji akan setia kawan serta saling bantu membantu antara satu sama lain, seperti yang kita laksanakan pada masa yang lalu,” katanya.

Musa berkata kerjasama antara parti-parti komponen BN pastinya akan membantu mereka mencapai kejayaan pada pilihan raya umum ini.

“Apa yang penting kita pastikan BN terus memerintah untuk kesinambungan program dan projek yang telah dirancang sama ada dari kerajaan pusat dan negeri atau projek yang dirancang oleh kerajaan negeri untuk manfaat rakyat Sabah.

“Dalam membangunkan negeri ini, kita mahu kerajaan yang kukuh, kita mahu kesinambungan apa yang kita buat selama ini. Oleh itu saya meminta rakyat supaya melihat dan membaca Manifesto BN,” katanya.

Katanya lagi: “Usaha kita untuk membantu rakyat tidak akan terhenti walaupun selepas pilihan raya, sebaliknya kita akan terus bekerja dan menunaikan amanah yang telah diberikan kepada kita”.

“Kita adalah parti terbaik dan mempunyai pemimpin serta kerajaan terbaik dan saya yakin dengan semangat yang ada serta kerjasama jitu, gabungan mantap dan trak rekod terbaik, BN akan dapat mencapai kejayaan.

“Rakyat kita bijak dan pandai menilai mana baik dan buruk,” katanya dan menyeru rakyat terus memberikan sokongan dan membuat keputusan terbaik untuk rakyat dan negara ini.

Ketika ditanya mengenai reaksi pemimpin-pemimpin yang tidak dicalonkan pada PRU-13, Musa menasihatkan mereka supaya tidak berputus asa.

“Kita masih menghargai jasa dan bakti mereka. Oleh itu kita mahu mereka terus berkhidmat dan bekerjasama bagi memastikan semua calon BN pada pilihan raya kali ini akan menang,” katanya.

Ketika ditanya sama ada pemimpin yang tidak dicalonkan itu akan mensabotaj BN, Musa berharap perkara seumpama itu tidak berlaku.

“Harap tidak ada sabotaj kerana budaya seperti ini tidak baik. Kita adalah pejuang parti dan telah berjanji kepada diri sendiri bahawa kita berjuang untuk parti. Jangan kerana kita tidak terpilih sebagai calon, kita sabotaj pula,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline