Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Isu keselamatan Sabah mesti dijadikan isu agenda nasional: Jahid |  Putrajaya mositi poposili ahal kotingoligan id Sabah sabaagi isu nasional |  JKKK mositi saasau monoodo mitingan |  MAAMASO PAVAKASON PIBAASAN POPOIDU KONSTABEL ZAKIA ALIP |  Pengeksport M'sia dinasihat teliti garis panduan baharu halal Kanada |  KYS sokong usaha kerajaan pertingkat mutu pendidikan |  RM100,000 untuk PPK Labuan, kata Rozman |  JKKK perlu adakan mesyuarat lebih kerap bagi selesai masalah penduduk |  Houston ketuai operasi Australia siasat, kumpul bukti nahas MH17 |  MH17: Pemilik akaun FB keluarkan kenyataan bersifat rasis ditahan |  Aktiviti turun padang seawal Bulan Ramadan beri kesan baik, kata Musa |  POLIS GIAT JALANKAN RUNDINGAN BEBAS KONSTABEL ZAKIA ALIEP |  Gerrard retires from internationals |  Fantastic Kelly secures fourth placing in LPGA Classic |  Boost for State archers from physiotherapists | 
 BM

Rozman Isli calon BN Parlimen Labuan

16th April, 2013

LABUAN: Setiausaha Umno Bahagian Labuan, Rozman Datuk Isli dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan pada PRU ke-13.

Pemilihan itu disahkan sendiri oleh Rozman ketika dihubungi oleh wartawan New Sabah Times petang kelmarin. Rozman yang masih berada di ibu negara dijangka balik ke Labuan malam esok (malam ini).

Rozman, 48, merupakan anak sulung pengasas Umno Bahagian Labuan dan juga Ketua Umno Bahagian Labuan yang pertama, Datuk Isli Siput.

Pemilihan Rozman menamatkan spekulasi mengenai calon BN selepas penyandangnya Datuk Yussof Mahal menghadapi masalah (muflis) yang kemungkinan tidak akan dicalonkan semula.

Sebelum ini, nama Naib Ketua Umno Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias dan Rozman sering menjadi perbualan hangat di kedai-kedai kopi untuk menggantikan Yussof sebagai calon BN pada PRU13.

Rozman anak tempatan berasal dari Kampung Pantai mula memegang jawatan Setiausaha Umno Bahagian Labuan sejak tahun 2008, beliau juga adalah merupakan Ketua cawangan Pantai dan menjadi ahli Umno Labuan sejak tahun 1987.

Antara jawatan lain yang disandang beliau ketika ini ialah Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Labuan.

Beliau juga merupakan Naib Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Melayu Kenderaan Malaysia (PEKEMA), dan Pengerusi PEKEMA negeri Sabah serta Ahli Lembaga Pengarah PEKEMA.

Beliau juga turut memegang pelbagai jawatan dalam pertubuhan anggota bukan kerajaan (NGO’s).

Pada PRU kali ini, Rozman dijangka akan ditentang oleh dua calon dari parti Pembangkang PAS, Hadnan Mohamad dan seorang lagi tokoh korporat, Tan Sri Ibrahim Menudin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada PRU ke 12, calon BN, DatukYussof Mahal (Umno) berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti terbesar dalam sejarah PRU kawasan Parlimen Labuan dengan mendapat 10,471 undi mengalahkan dua calon pembangkang Matussin Abdul Rahman mewakili PAS hilang wang pertaruhan selepas hanya mendapat 1,106 undi dan calon Bebas Lau Seng Kiat dengan majoriti 2,014 undi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline