Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
It’s done and dusted! |  Futsal trials venue switched to Borneo Sports Arena |  KDM Papar pip KDM Putatan for top spot |  Young footballers gain valuable tips from QPR experts |  SAILA sailors dominate Sandakan Regatta |  BEFF workshop films get first public showing |  KiTA Exco members visit villages en route to Sandakan |  State agriculture aims for self-sufficiency |  GST may add to Sabah’s economic woes |  Court reschedules hearing of FRU senior member on rape charges |  INTI students have eye-opening experience with Raleigh Borneo |  Uncooperative villagers disappoints Fire Dep |  Coal mine explosion victims now at QEII |  Police make several arrests in Ops cantas |  One seriously injured, another unconscious when two vehicles collide | 
 BM

KDN tubuh bilik Gerakan Khas di Kota Kinabalu

15th April, 2013

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan bilik Gerakan Khas berpusat di Kota Kinabalu bagi memantau keselamatan dan ketenteraman awam di seluruh Sabah sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bilik Gerakan Khas yang mula beroperasi sejak kelmarin ini boleh dihubungi melalui talian 088-487 370 yang beroperasi 24 jam, khidmat pesanan ringkas (SMS) 013-8019960, faksimili 088- 487371 dan e-mel bilikgerakansbh@jpn.gov.my.

“Bilik Gerakan Khas ini ditubuhkan untuk memastikan apa yang telah kita lakukan dalam menjaga keamanan Sabah dalam beberapa minggu sebelum ini tidak akan dieksploitasikan oleh sesetengah pihak yang cuba mengaburi mata rakyat semata-mata kerana bahang PRU13 ini,” kata Hishammudin dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa (KKIA), di sini, kelmarin.

Katanya, bilik Gerakan Khas ini dibuka kepada orang ramai untuk memaklumkan kepada KDN tentang sebarang kejadian yang berlaku jika mereka gagal menghubungi pihak polis.

Selain KDN, bilik Gerakan Khas ini turut melibatkan agensi-agensi Kerajaan yang lain iaitu Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

“Secara peribadi, sebagai Menteri Dalam Negeri, saya akan tetap memantau keadaan keselamatan Sabah secara dekat lebih-lebih lagi ketika menghadapi PRU ini,” katanya.

Hishammudin turut menyatakan dengan sokongan padu rakyat Sabah, perancangan jangka masa panjang yang lebih mendalam demi keselamatan Negeri ini akan dapat dilaksanakan selepas redanya bahang PRU13 nanti.

Sementara itu, Hishammudin menyambut baik empat strategi untuk meningkatkan kawalan keselamatan terutama di kawasan perairan Negara, yang telah digariskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan pusat pemerintahan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), pada Sabtu.

Katanya, dalam konteks ini kemampuan risikan akan diperkukuhkan di mana pihak polis dan angkatan tentera akan bersama-sama menjalin kerjasama yang lebih erat dengan agensi risikan serantau dan antarabangsa seperti National Intelligent Coordinating Agency (NICA), The Association of Southeast Asian Nations (Asean) Chiefs of Police (Aseanapol) dan Polis Antarabangsa (Interpol).

Katannya, jaringan pihak PDRM dengan Counter Terrorism Task Force dari beberapa negara luar yang berkaitan telah membuahkan hasil dalam menjejaki musuh dan mengenal pasti tahap ancaman yang sebenar.

“Dalam konteks pengawasan di kawasan perairan, Pasukan Gerakan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Laut akan berbincang mengenai teknologi terkini dan efektif untuk memantau sepanjang 1,400 kilometer pantai Timur Sabah,” katanya sambil memberitahu pemantauan dan pemintasan (interception) di darat dan perairan negara termasuk kawasan-kawasan sungai akan turut diperkukuhkan.

Katanya, penguatkuasaan undang-undang juga akan menjadi teras dalam meningkatkan kawalan keselamatan di mana sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang yang dilihat menjejaskan keamanan dan keselamatan Negara akan dibawa ke muka pengadilan.

“Mana-mana kumpulan atau individu, rakyat kita atau orang luar, tidak akan terlepas dari tindakan tegas jika kedaulatan Negara dijadikan pertaruhan,” katanya sambil memberi contoh mengenai pertuduhan jenayah ke atas seorang anggota Polis berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu ini.

Dalam pada itu katanya, dalam menjadikan Sabah lebih selamat dengan perluasan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) ke 10 Daerah ini, ia memerlukan penglibatan dan sokongan orang ramai.

Katanya, orang ramai perlu mengukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi KDN yang lain seperti Rela, JPAM dan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM bagi menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ Kerajaan dalam membantu memantau keadaan keselamatan di Negeri ini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline