Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
The Right Mattress Matters |  578 vongkos bunga tapui om bodilan nagamu do Koupisan Kositum Sabah |  M'sia nakaanu piokunan miampai buuan di monguasa tampat kinantakan |  KUTAK TOITOM MH17 PATAAKON KUMAA MALAYSIA |  Prestasi semua Pejabat Pelajaran Daerah perlu ditingkatkan: Mary Yap |  Lebih banyak bangunan baharu akan dibina di Pekan Tuaran |  Dua lelaki ditahan selepas larikan kereta milik Pengarah Jabatan Kastam |  APMM tahan tiga bot nelayan di kawasan perintah berkurung |  Polis Papar berjaya rampas pelbagai jenis mercun, bunga api |  YS tidak pernah abai CSR, kata Sapawi |  KOTAK HITAM MH17 AKHIRNYA DISERAHKAN KEPADA MALAYSIA |  Dyke: Qatar 2022 summer World Cup too dangerous |  Rodriguez pens US$108m Real deal |  Five potential winners for gold |  4x4 challenge adds spice to Sipitang do | 
 BM

Wakil rakyat perlu pasti masalah m-rakat: Rosnah

310313-lead-11
PENDUDUK yang terlibat dalam Program Ziarah Kasih itu meluangkan masa meluahkan permasalahan yang dihadapi kepada Rosnah ketika lawatan berkenaan.

31st March, 2013

PAPAR: Program turun padang bagi mendekati masyarakat cukup bermakna kepada orang ramai apabila masalah mereka mendapat perhatian dan simpati pihak lain terutama daripada pemimpin setempat.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin terus mendekati rakyat bersama beberapa jabatan kerajaan bagi meninjau masalah penduduk di sekitar Papar di sini.

Program yang dikendalikan oleh Pejabat Parlimen Papar itu turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan Papar.

Menurut Rosnah, pendekatan turun ke peringkat akar umbi itu adalah bagi mendekati orang ramai serta menyelami dan membantu masalah yang dihadapi mereka.

Jelas beliau lagi, tanggungjawab sebagai wakil rakyat adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat dan bukan semata-mata untuk meraih populariti atau kepentingan diri sendiri.

“Tanggungjawab sebagai wakil rakyat adalah menyelesaikan masalah rakyat di samping mengenal pasti tindakan yang harus diambil oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat tidak kira di mana mereka berada.

“Saya yakin dan percaya alternatif turun padang ini akan banyak membantu kami sebagai wakil rakyat mengenal pasti masalah serta kekurangan yang dihadapi oleh rakyat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Ziarah Kasih di Kampung Marahang dan Kampung Kopimpinan, kelmarin.

Sementara itu, Rosnah yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia memberitahu dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan di negara ini jelas menunjukkan Barisan Nasional (BN) mengutamakan rakyat.

“Justeru mereka (rakyat) disarankan memberi sokongan padu kepada kerajaan bagi menjamin pembangunan yang berterusan.

“Tohmahan pembangkang ternyata tidak benar dan cuba mengelirukan rakyat. Oleh itu rakyat dinasihati lebih bijak dalam menghadapi situasi sebegini agar tidak terpengaruh dengan agenda mereka (pembangkang),” katanya.

Mengenai perpaduan, beliau mahu ia terus dikekalkan khususnya di daerah Papar memandangkan penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum agar semangat perpaduan dalam kalangan rakyat sentiasa kukuh.

“Kerjasama masyarakat setempat di sini (Papar) amat diperlukan kerana saya akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik demi rakyat di kawasan Parlimen ini.

“Diharap sokongan padu masyarakat Papar kepada BN selama ini terus dikekalkan demi kelangsungan untuk kita bersama-sama mengecapi pembangunan berterusan pada masa akan datang,” ujarnya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline