Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Songuhun puu pulis kikotumbazaan minonumbuk do sinavaan gison nosinduahan |  SBT tanda kinavas sistom balajalan kiningkokoton sompomogunan |  JPN SABAH PINOPOSOKOT 108 CCTV MONGINTONG SPM OM STPM |  Kehidupan selesa hari ini berkat kegigihan pendidik: kata Dr Joachim |  Generasi muda Sabah perlu berani terokai peluang di luar negara: Ewon |  RM3.3j untuk 44 sekolah, badan keagamaan bukan Islam di Pedalaman Atas |  DBKK berjaya selesai lebih 93 peratus aduan sehingga Okt |  Pemandu bas dipenjara 11 tahun, tiga sebatan rogol remaja OKU |  Kursus untuk JKKK, JKDB mampu tingkat prestasi |  Penjawat awam perlu pastikan kesahihan sesuatu maklumat |  DUA MATI DALAM TEMBAKAN MISTERI |  What’s wrong with crumbling City? |  Disgraced Korean joins fight against match-fixing |  Shahidan won’t contest MAU President post |  Karlberg ahead at CIMB Classic | 
 BM

Banteras jenayah kawasan perumahan fokus utama NKRA

21st March, 2013

KOTA KINBALU: Pembanterasan jenayah di kawasan perumahan menjadi fokus utama dalam usaha Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang kini sudah memasuki fasa kedua.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi (gambar), usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah ini juga akan melibatkan kerjasama rakyat di bawah Program ‘United Against Crime’.

“Hal ini bukan sahaja dapat membuatkan rakyat berasa tenteram dan juga peka kepada usaha kerajaan bersama PDRM dalam menguruskan jenayah, tetapi juga memberi kesempatan bagi masyarakat untuk bekerjasama dengan PDRM membanteras jenayah,” kata Abdul Rahim dalam sesi sidang media, di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, di sini, kelmarin.

Katanya, pola jenayah kini sudah berubah dari melibatkan kawasan komersil di bandar kepada kawasan-kawasan perumahan.

“Jenayah yang kini kerap berlaku di kawasan-kawasan perumahan di bandar ini merupakan keadaan yang menakutkan rakyat dan ia perlu diatasi bagi memastikan keselamatan rakyat di dalam konteks keluarga dan komuniti akan lebih terbela,” katanya.

Oleh itu katanya, kerajaan telah menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang telah dilancarkan dan bergerak secara aktif di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang dan akan diperluaskan lagi di Perak dan Kedah.

Bagi Sabah, sebanyak 34 unit motosikal akan beroperasi di bawah URB yang bakal memberikan satu impak yang berkesan kepada rakyat khususnya yang tinggal di kawasan bandar.

“URB adalah satu kaedah di mana ia bukan sahaja membuat rondaan di kawasan perumahan ataupun tempat awam, tetapi ia memberi suatu fenomena di mana komuniti dapat berinteraksi dengan anggota polis,” katanya sambil menyatakan jumlah motosikal URB yang ditempatkan akan ditentukan oleh keperluan sesebuah daerah.

Katanya, selain dari menimbulkan rasa selamat di kalangan rakyat, unit URB juga merupakan satu pencapaian yang amat berkesan bagi program GTP 2.0 Pembanterasan Jenayah.

Turut hadir, Ketua Urusetia NKRA, PDRM Bukit Aman, Dato’ Ayub Yaakob.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline