Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Kotoundaan panaasan monguhit UPSR avasi kapapanaai |  Agensi kogompit pokionuon monuhung PPM monguhan kopogohimuvan petrol |  KOUHANAN SIKUL HABUS KAKADAZAN MOSITI ONUAN KOPONGINTANGAN |  Pelbagai usaha dan bantuan diberi basmi kemiskinan |  Orang awam diseru bantu banteras masalah seludup barangan bersubsidi |  Lelaki dipenjara 10 bulan akibat masalah cinta |  Pendidik perlu perjelas dasar KPM |  Pihak berkuasa diminta pantau lori balak bawa muatan lebih di Mukim Sepulut |  Kaji semula aspek pembiayaan rumah mampu milik dalam Bajet 2015 |  PERATURAN BAHARU CERMIN GELAP DIKUATKUASA 1 NOV |  Thailand Academies book Under-14 final berth |  Out-of-Africa prompts disquiet |  Depleted Sabah Eagles upbeat |  Seth to take on John Cena |  Juliana delivers for Malaysia | 
 BM

UMS bakal jadi pusat rujukan pemuliharaan alam sekitar

8th February, 2013

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menjadi sebuah pusat rujukan institut pengajian tinggi (IPT) lain dalam pemuliharaan alam sekitar dengan pelancaran pelan tindakan lima tahun, EcoCampus kelmarin.

Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Dr Rujhan Mustafa berkata lokasi UMS di atas lanskap semula jadi yang unik dan kaya dengan kepelbagaian bio dan ekosistem akan memudahkan universiti itu menjadi kampus pertama di negara ini mencapai status EcoCampus menjelang 2017.

“UMS merupakan universiti awam pertama yang berani untuk tampil dengan pelan yang kukuh (dalam pemuliharaan alam sekitar) untuk jangka masa yang panjang.

“Jika (pelan) ini berjaya, ia bukan sahaja menjadi kejayaan negara di mana agensi kerajaan dan swasta atau entiti lain boleh rujuk, tetapi ia juga akan menjadikan UMS dikenali di dunia melalui peranan seumpama ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pelan tindakan tersebut di Pantai Pusat Kegiatan Luar (ODEC) Institut Penyelidikan Marin Borneo UMS di sini kelmarin.

Rujhan, yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, turut menyaksikan memorandum persefahaman ditandatangani antara UMS dengan 11 rakan EcoCampus bagi menyediakan kepakaran masing-masing, sokongan kewangan dan aktiviti promosi mengenai pemuliharaan alam sekitar.

Rakan EcoCampus tersebut ialah New Straits Times Press (NSTP) Bhd, CIMB Bank, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), TNB Engineering Corporation Sdn Bhd, Perbadanan Pinjaman Sabah, Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia, MCM Value Sdn Bhd, Kumpulan Angkatan Hebat, Unit Perancangan Ekonomi Sabah dan Warisan Harta Sabah Sdn Bhd.

Naib Canselor UMS Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata pelan tindakan lima tahun itu akan bertindak dalam usaha menangani isu-isu kritikal berkaitan perubahan iklim dan melindungi alam sekitar menerusi lima teras utama dalam pelan tersebut iaitu pembangunan mampan, perlindungan ekologi, keserasian alam sekitar, pemuliharaan sumber dan pengawasan alam sekitar.

Beliau juga berkata universiti itu akan mengadakan bengkel bagi mengenal pasti kaedah sistematik dalam mengendalikan dan memperbaiki amalan penjagaan alam sekitar sebelum memasuki fasa implementasi.

“Ini adalah pendekatan yang menyeluruh. Kami bercakap mengenai usaha meminimumkan pencemaran, pendidikan alam sekitar dan kami mahu melibatkan semua warga UMS dari peringkat petugas pentadbiran kepada pelajar-pelajar itu sendiri.

Mohd Harun juga berkata UMS merancang untuk membina hotel dan hospital di kampusnya apabila mencapai status EcoCampus serta mempromosikannya sebagai produk pelancongan di Sabah.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline