Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Death toll in South Korea ferry disaster crosses 100 |  Brunei delays tough Islamic law |  Safa Beaufort gets the ball rolling |  Survival of the Fittest II in June |  Cebagoo FC favourites to take all three points |  United sack Moyes |  Mustapa: More US firms makes Malaysia regional centres |  M'sia not under pressure to quickly conclude TPPA following Obama visit |  Malaysia's property market expected to increase and stabilise in 2014 |  Pagahapan mumpazat id piboian Unduk Ngadau Keningau Mall 2014 |  Mogiigizon id posoihi vokok Empangan Milau pinoiho mongupalai kaanuan vaig |  SPM 2013, SMESH koduo bobos tosonong id Malaysia |  Seorang maut, dua cedera kereta bertembung lori tanker |  Lelaki mengaku diri diberi kuasa ‘Sultan Sulu’ diberkas |  Dua lelaki maut, seorang parah Kancil dirempuh Navara | 
 BM

Karnival Kerjaya SPA boleh dijadikan pusat sehenti pelajar cari kerja

6th February, 2013

SANDAKAN: Penganjuran karnival kerjaya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia boleh dijadikan sebagai pusat sehenti untuk membantu golongan pelajar mahu pun pencari kerja mendapatkan maklumat pekerjaan secara terus.

Timbalan Pengerusi SPA, Dato’ Segarajah Ratnalingam, berkata peluang karnival seumpama ini hendaklah dimanfaatkan memandangkan ia bukan sahaja dapat memenuhi objektif tetapi memberikan kebaikan kepada semua pihak.

Ini kerana, katanya, mereka yang mempunyai kelayakan bersesuaian dengan kompetensi serta kelulusan boleh berhubung terus dengan agensi-agensi yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan untuk diisi.

“Sebagai contoh dalam karnival ini, kita berjaya mengumpulkan sebanyak lima agensi yang menyediakan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor seperti SPA Negeri Sabah, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Angkatan Tentera Malaysia serta Jabatan Tenaga Kerja,” jelasnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Sesi Interaksi dan Karnival Kerjaya SPA di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini, kelmarin.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi SPA Negeri Sabah, Datuk Claudius Roman dan Setiausaha Bahagian SPA di Urusetia Cawangan Sabah iaitu Musa Sulaiman.

“Mengikuti statistik pendaftaran permohonan dan pelantikan di negeri ini termasuk Sandakan untuk tahun 2012 … pendaftaran pekerjaaan untuk seluruh Sabah saja adalah sejumlah 100,824 orang di mana lantikan 4,595 orang.

“Pendaftaran untuk Sandakan pula adalah 9,567 manakala lantikan 379,” kata Segarajah.

Beliau menambah adalah menjadi misi suruhanjaya untuk mendapatkan bakat terbaik (Best Talent) bagi mengisi perjawatan dalam perkhidmatan awam.

Sehubungan itu, dia amat berkeyakinan bahawa di negeri ini khususnya Sandakan memiliki bakat-bakat terbaik yang boleh diketengahkan untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam sekali gus memberi sumbangan yang berharga kepada negara.

Katanya, penganjuran kerjaya SPA mempunyai impak yang signifikan selari dengan peredaran semasa memandangkan orang awam kini mahu mendapatkan perkhidmatan atau maklumat secara mudah, cepat dan tepat.

“Karnival kerjaya SPA di Sandakan ini merupakan program kerjaya yang pertama di negeri ini bagi tahun 2013. Pemilihan bandar ini sebagai destinasi pertama penganjuran adalah bertitik-tolak daripada iltizam suruhanjaya untuk memastikan bahawa perkhidmatan yang diberikan mendekati masyarakat tanpa mengira batasan negeri, wilayah, kaum atau agama,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, calon yang memiliki kelayakan minimum bagi sesuatu jawatan boleh memohon jawatan walaupun memiliki kelayakan yang lebh tinggi.

Sehingga kini, katanya lagi, seramai 72,364 calon yang memiliki Ijazah telah memohon jawatan yang berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau juga memberitahu kemudahan secara online telah dikaji secara keseluruhannya di mana pada masa kini, borang SPA8i telah pun berwajah baru dan lebih mesra pengguna dengan keistimewaan seperti berikut.

“Pemohon boleh memohon bilangan jawatan tanpa had berdasarkan keyakanan yang dimiliki. Tempoh sah laku pendaftaran lima tahun, paparan automatik keputusan SPM tahun 2000 dan ke atas.

“Pemohon boleh memasukkan lebih banyak maklumat sebagai contoh dalam medan sukan dan bakat … maklumat akademik serta kelayakan profesional di samping pemohon boleh mengemaskini maklumat pada bila-bila masa.

“Sementara untuk pegawai yang belum sah jawatan boleh memohon jawatan lain. SPA juga telah membenarkan calon yang belum disahkan dalam perkhidmatan untuk memohon jawatan lain,” kata Segarajah.

Justeru itu, katanya, sesi interaksi yang diadakan pada karnival berkenaan membolehkan pihak SPA mendapatkan maklumbalas dan pandangan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan suruhanjaya terutama pelaksanaan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib.

Pelbagai aktiviti turut dijalankan sepanjang karnival berlangsung antaranya pendaftaran online dan semakan online bagi pemohon pekerjaan sektor awam, seminar, taklimat kerjaya dan tips temuduga untuk membantu pengunjung yang berminat menyertai sektor perkhidmatan awam.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline