Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
99 per cent of M-League teams complete privatisation process – FAM |  Tambadau leave early for Johor on chartered flight |  ‘Masculine’ sarongs to hit the market soon |  AirAsia to commence Kuching-Langkawi route in November |  ASNB declares total payout of RM646m for three funds |  Banks have approved 98 pct of 500,000 applications for repayment assistance – BNM |  Malaysia's economic activity outcome to improve in Q3 – DOSM |  Pokisompuruan i Rubin id Kabinet mongobi’ Murut |  Hajiji kaanu momupus kokusutan pulitik Sabah |  Songulun nogompitan tinanggayan Abu Sayyaf napatai id Sulu |  Hajiji minonimpuun kalaja sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Penduduk pedalaman harap k'jaan baharu beri perhatian masalah, keperluan pembangunan |  Empat anggota PPM cedera, bot peronda meletup |  COVID-19: Semua urusandi JPN Sabah dilaksanakan secara temu janji |  ‘Lockdown’ in Sabah this Friday fake news – MKN | 
 BM

PENGURUSAN, PRESTASI KEWANGAN JABATAN DAN AGENSI SABAH TERBAIK

19th May, 2016

KOTA KINABALU: Secara keseluruhan pengurusan dan prestasi pengurusan kewangan di peringkat kementerian, jabatan dan agensi di Sabah adalah baik, menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015, Siri 1 yang dikeluarkan kelmarin.

Menurut laporan audit itu, pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti ke atas 35 jabatan dan agensi di Sabah mendapati 25 daripadanya mendapat tahap penarafan yang cemerlang.

“Lapan agensi mendapat penarafan memuaskan dan masing-masing satu jabatan yang mendapat penarafan pada tahap baik dan tahap kurang memuaskan,” menurut laporan berkenaan.

Menurut laporan itu, pengauditan yang dijalankan mengikut Seksyen 15(A), Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Arahan Perbendaharaan itu menunjukkan bilangan agensi atau jabatan di Sabah yang mendapat penarafan cemerlang pada 2015 meningkat berbanding hanya 24 agensi pada 2014.

“Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod dan dokumen kewangan bagi tahun 2015 di peringkat ibu pejabat kementerian, Jabatan dan agensi Negeri. Selain itu, semakan juga dibuat terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri bagi tahun 2014 untuk menentukan kedudukan prestasi pengurusan kewangan secara menyeluruh,” menurut Audit.

Menurut laporan itu, pemeriksaan mengejut yang dilaksanakan di 15 agensi dan jabatan di Sabah pula mendapati enam daripadanya telah mematuhi sepenuhnya peraturan kewangan yang disemak, namun selebihnya tidak mematuhi peraturan kewangan.

Sehubungan itu Audit meminta agar ketua jabatan atau agensi yang gagal mematuhi peraturan kewangan berkenaan untuk mengambil tindakan pembetulan dengan sewajarnya seperti yang telah ditetapkan. Selain itu, laporan itu menyatakan kerajaan Sabah telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangannya.

“Tindakan yang diambil adalah dengan melaksanakan aplikasi Pengurusan Peruntukan Pembayaran (S3P) dalam pengurusan kewangan dan perakaunan kerajaan negeri bagi menggantikan Sistem Buku Vot Bersepadu (SISVOT). Ia merupakan langkah ke arah aplikasi perakaunan berasaskan web yang melibatkan tiga aktiviti iaitu pengurusan peruntukan, pengurusan pembayaran dan pengurusan penghantaran maklumat bayaran, yang dapat dilaksanakan secara dalam talian.

“Melalui sistem itu, baucar bayaran boleh dihantar ke Jabatan Bendahari Negeri Sabah untuk proses bayaran secara dalam talian berbanding penghantaran baucar bayaran menggunakan perantara iaitu ‘thumb drive’ sebelum pelaksanaan S3P,” kata laporan itu.-Bernama

   
Email Print