Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Songuhun puu pulis kikotumbazaan minonumbuk do sinavaan gison nosinduahan |  SBT tanda kinavas sistom balajalan kiningkokoton sompomogunan |  JPN SABAH PINOPOSOKOT 108 CCTV MONGINTONG SPM OM STPM |  Kehidupan selesa hari ini berkat kegigihan pendidik: kata Dr Joachim |  Generasi muda Sabah perlu berani terokai peluang di luar negara: Ewon |  RM3.3j untuk 44 sekolah, badan keagamaan bukan Islam di Pedalaman Atas |  DBKK berjaya selesai lebih 93 peratus aduan sehingga Okt |  Pemandu bas dipenjara 11 tahun, tiga sebatan rogol remaja OKU |  Kursus untuk JKKK, JKDB mampu tingkat prestasi |  Penjawat awam perlu pastikan kesahihan sesuatu maklumat |  DUA MATI DALAM TEMBAKAN MISTERI |  What’s wrong with crumbling City? |  Disgraced Korean joins fight against match-fixing |  Shahidan won’t contest MAU President post |  Karlberg ahead at CIMB Classic | 
 BM

Guru, pegawai pendidikan digalak mohon jawatan kosong SISC, SIP

230113-lead-11
IKRAR … Maimunah (depan, dua kanan) bersama dengan para kakitangan jabatan beliau membaca ikrar jabatannya.

23rd January, 2013

KOTA KINABALU: Guru-guru dan para pegawai pendidikan yang berpengalaman digalakkan supaya memohon jawatan kosong yang ditawarkan dalam SISC dan SIP untuk merealisasikan Program Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

SISC atau Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) dan SIP atau Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Partners) adalah antara komponen utama bagi Program Transformasi PPD.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Hajah Maimunah Hj Suhaibul, berkata kuota bagi SISC adalah seramai 198 orang pegawai bagi 24 PPD di seluruh negeri di mana setakat ini hanya 32 orang yang telah memohon dan layak.

“Sementara bagi SIP pula memerlukan seramai 44 orang pegawai yang mana pada masa ini hanya terdapat 18 orang sahaja,” katanya pada sidang media di Majlis Perutusan Awal Tahun 2013 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sabah yang bertemakan ‘Berfikir Di Luar Kotak Ke Arah Transformasi Pendidikan Negara’ di KK High School, di sini, kelmarin.

Tema itu, katanya, adalah bersesuaian dengan tuntutan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

Tambahnya, Program Transformasi PPD itu juga hanya dilaksanakan di dua buah negeri rintis iaitu Sabah dan Kedah.

Beliau menjelaskan, mereka yang memegang jawatan DG41 dan DG48 ke atas layak untuk memohon SISC dan SIP.

Maimunah berkata, dalam Program Transformasi PPD itu, terdapat lima aspirasi yang menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) JPN dan setiap PPD. Lima aspirasi itu adalah, pengurangan bilangan sekolah Band 6 dan Band 7, peningkatan bilangan sekolah Band 1 dan Band 2, peningkatan 10 peratus Gred Purata Sekolah (GPS), pengurangan 25 peratus perbezaan jurang antara bandar dengan luar bandar dan pencapaian enrolmen murid sebanyak 95 peratus.

Maimunah memberitahu sesi temuduga bagi kedua-dua jawatan itu akan diadakan pada 5 hingga 8 Februari ini.

Beliau ketika ditanya mengenai sama ada jumlah guru-guru di Sabah mencukupi dan adakah guru-guru dari Semenanjung akan mengisi kekosongan itu.

Mengenai isu itu, Maimunah berkata, guru-guru di Sabah mencukupi dan ia bukannya mengenai isu guru itu dari mana kerana setiap tahun, guru-guru akan diambil mengikut keperluan di negeri Sabah.

Maimunah ketika diminta mengulas mengenai terdapatnya dakwaan sebuah sekolah di Sandakan telah mengurangkan jumlah bantuan awal persekolahan kepada pelajar berjumlah RM100 itu.

“Pihak JPN Sabah akan menyiasat perkara itu dan akan mengambil tindakan terhadap sekolah terbabit,” tegas Maimunah.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline