Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Ponginsomokan kimpin id PRU-14 mositi posimbanon: Zahid Hamidi |  Boos Onggilis kopoinsavat kahansanan mogiboboos id nazatan sompomogunan |  SOGILIT KIHOOGO RM10.9 LIZONG NAGAMU PPM |  K'jaan beri peluang warga emas dalam pembangunan negara, kata Jainab |  Jangan terpengaruh pandangan negatif orang luar: Ellron |  Kesejahteraan keluarga asas pengukuhan negara bangsa: Rosnah |  JPKA Sabah akan wujud jawatankuasa khas bantu pesakit Alzheimer |  Pemimpin akar umbi disaran bantu beri penerangan GST kepada rakyat |  Jalaluddin cadang guna kapal tukar barang di ESSZONE dikaji semula |  Kualiti guru tidak pernah diketepikan, kata Sapawi |  CUBAAN SELUDUP ROKOK NILAI RM10.9j DIPATAHKAN |  Rodgers: Liverpool have gone backwards |  Sabah to stage nation’s first ever AFC Level II Futsal Coaching Course |  Artistic gymnastics set to reach new heights |  Patron's Cup elevated into charity event | 
 BM

MAYAT BAYI LELAKI DITEMUI TERAPUNG DI PANTAI PUTATAN

31st December, 2012

KOTA KINABALU: Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan ditemui terapung di Pantai Kuala Laut, Taman Teluk Villa di Putatan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh berkata bayi malang yang dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam itu ditemui dalam keadaan bogel oleh seorang lelaki yang sedang memancing di pantai itu, pada 11.20 pagi.

“Kita percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan keadaan fizikalnya yang masih sempurna dan kita masih mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan ini,” katanya.

Ratan berkata bayi itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta kerjasama semua klinik kesihatan supaya menghubungi balai polis berhampiran sekiranya terdapat wanita yang mencurigakan menerima rawatan di tempat mereka.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah, Penampang Inspektor Hasryman Osman di talian 088-71222.

Sementara itu di JOHOR BAHARU, Dua remaja lelaki dikhuatiri mati lemas selepas dilaporkan hilang dibawa arus ketika mandi di pantai Air Papan, dekat Mersing, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mersing DSP Mohd Nor Rasid berkata Mohamad Hafis Jamuladin dan Muhamad Azhari Suranto, kedua-duanya berumur 17 tahun, yang berasal dari kampung Rahmat 1, Batu Pahat dilaporkan hilang kira-kira pukul 9 pagi.

Mereka tiba untuk berkelah di pantai terbabit pagi ini dengan rombongan bas yang disertai 40 anggota Persatuan Kompang Sinar Perkasa, Kampung Rahmat, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata gerakan mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejurus polis dimaklumkan mengenai kejadian terbabit sehingga petang ini masih belum menemui kedua-dua remaja itu.

Katanya, gerakan mencari dan menyelamat turut dibantu anggota bomba dan penyelamat, polis marin dan pasukan komando Kem Gerak Khas, Mersing.

Sementara itu di Kuala Terengganu, Polis mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Terengganu berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di sini semalam adalah akibat lemas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata hasil bedah siasat menunjukkan paru-paru mangsa, Baharudin Zainudin, 56, itu dimasuki air.

Katanya, pihak polis telah menghubungi keluarga mangsa yang bekerja sebagai penebar roti canai di sebuah pasaraya di sini bagi menuntut mayat terbabit.

“Hasil maklumat, kita percaya mangsa mabuk dan telah terjatuh ke dalam Sungai terbabit,” katanya dalam satu sidang media di sini kelmarin.

Mayat Baharudin yang lengkap berpakaian itu ditemui tanpa kesan kecederaan pada 12 tengah hari oleh orang awam.

Hasil pemeriksaan pada mangsa, polis menemui kad pengenalan, dompet dan telefon bimbit di dalam kocek seluar mangsa yang beralamat di Taman Ampang Mewah, Selangor itu.

Mangsa dipercayai mati kurang daripada tempoh 24 jam berdasarkan keadaan mayat itu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline