Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
UMS om JPAM pokionuon papavakas abaabazan kotundunan |  Tinan tanak i natagak id pilumpakan padau nokito |  PIBAASAN UKUM HOBI VINAGAT KUMAA DI MAMAGAJI PATI |  Warga emas maut dilanggar van |  Pekerja tidak dibayar gaji minimum boleh buat tuntutan |  Insiden bot jongkong: Mayat kanak-kanak hilang dijumpai |  B-putera perlu tingkat kesedaran pentingnya pendidikan: Madius |  UMS, JPAM diminta perhebat aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan |  Hajiji: Pembangunan perumahan mampu milik antara fokus utama |  59,590 PATI SERAH DIRI SECARA SUKARELA |  Exit for Andrezinho |  11 swimmers to don State colours |  Another historic outing for Sabah girls’ hockey squad |  Athletics Sabah sets four-gold target |  International exposure for Sabah Rhinos | 
 BM

Pengwujudan kursus kemahiran Program 1Azam beri banyak manfaat

12th November, 2012

TAWAU: Seorang bapa tiga anak antara 20 belia yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan atas usaha mewujudkan Program Bantuan 1Azam melalui penyediaan kursus untuk memberi ilmu kemahiran kepada mereka.

Evan Maulana, 27, yang terpilih mengikuti kursus Latihan Kemahiran Penyelenggaraan Penghawa Dingin, selama lima hari bermula 7 November lepas berkata, program berkenaan memberi banyak manfaat kepadanya.

Menurutnya, program berkenaan bukan sahaja memberi kemahiran kepada peserta tetapi juga bakal menjadi sumber pendapatan yang boleh diusahakan.

“Dulu saya tidak tahu cara membaiki penghawa dingin namun sekarang, berkat bantuan pengajar dalam kursus berkenaan, insya-Allah saya sudah boleh melakukannya,’’katanya ketika ditemui pada majlis penutupan program berkenaan.

Menurutnya, usaha kerajaan berkenaan sangat baik untuk golongan belia sepertinya meningkatkan ekonomi bumiputera sekaligus keluar dari belenggu kemiskinan.

Pendapat itu turut disokong rakannya, Jumari Hasing, 29, yang turut menyertai program berkenaan menyatakan kemahiran yang diperolehi penting bukan sahaja untuk masa depannya tetapi juga keluarganya.

“Kita perlu ikut program seperti ini untuk mengubah taraf hidup setaraf dengan belia-belia lain yang sudah berjaya dan tidak rugi jika kita ikut kerana kita diajar bukan sahaja teori tetapi juga praktikalnya sekali,’’katanya.

Katanya, adalah rugi kepada belia di luar sana jika tidak merebut peluang yang disediakan kepada mereka kerana tentunya kerajaan mempunyai agenda yang lebih baik untuk pembangunan semua masyarakat.

Sementara itu bagi Craimenan Nasir, 27, dia berharap agar kerajaan akan terus menyediakan program-program seperti itu bagi membantu lebih ramai belia mendapat ilmu dan kemahiran yang tidak didapati di bilik darjah.

“Saya berharap agar kerajaan akan terus menyediakan program seperti ini dan saya menggalakan rakan belia yang lain untuk tidak malu jika terpilih mengikut program seperti ini kerana ia bukan sahaja seronok malah menguntungkan,’’ujarnya.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan meminta belia yang telah tepilih mengikuti latihan tersebut menggunakan kemahirany ang diperolehi sebaik mungkin.

Beliau yang diwakili Pegawai Kemajuan Rakyat kawasan Apas, Sarman Ahmat Simito berkata demikian ketika majlis penutupan program berkenaan yang berlangsung di Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

Program yang julung kali diadakan di daerah ini anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS) mensasarkan belia yang berada di bawah Program E-Kasih.

Pegawai KBS, Bahagian Tawau, Jamil Jilap ketika ditemui berkata, program berkenaan adalah sebagai bantuan kepada belia untuk memahirkan diri dan memulakan perniagaan.

“Kursus penyelenggaraan penghawa dingin dipilih untuk program 1 Azam membantu belia mengakhiri zaman kemiskinan kerana potensi perniagaan yang boleh dijalankan selepas kursus,’’katanya.

Menurutnya, peserta kursus akan dipantau dari semasa ke semasa dalam usaha memastikan matlamat keluar daripada kemiskinan itu dapat direalisasikan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline