Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Ada do dumadi ‘mato sada kinoing’, ka di SAC Hamdan |  RM4 lizong sakadai montok momutanom toniini getah |  TINIMUNGAN FELDA ANGATAN MONOODO KOSIMBANAN TOIHAAN |  Peristiwa getir tidak jejas perpaduan rakyat M'sia |  M'kat perlu peka, bantu pihak berkuasa: Hamdan |  Kerajaan guna pelbagai pendekatan pastikan kehidupan rakyat terbela: Linda |  Kastam Sabah sasar 5,000 individu, syarikat daftar GST |  Usahawan disaran ceburi industri herba secara serius |  Pembangunan pendidikan tidak akan abai bakat pelajar, kata Kamarlin |  Sabah jangka momentum pelaburan di SDC meningkat |  SULTAN S’GOR TANGGUH KHALID LETAK JAWATAN |  City triumph in first major EPL showdown |  Sabah hockey set for new era |  Sabah athletes exceed target with 24-gold show |  Debutante Matthew clinches silver for Malaysia | 
 BM

Musa yakin KYS akan capai status universiti

3rd October, 2012

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yakin Kolej Yayasan Sabah (KYS) akan terus menempuh kejayaan yang lebih besar melalui perancangan dan hala tuju KYS untuk menjadi sebuah universiti.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan peningkatan bilangan graduan yang menamatkan pengajian di kolej itu.

Katanya, pada majlis konvokesyen kali ke-17 itu seramai 507 graduan menerima anugerah diploma dan sijil iaitu meningkat berbanding 372 graduan pada konvokes- yen tahun lalu.

“Berdasarkan peningka- tan yang dicapai oleh KYS sehingga kini, saya amat ber- keyakinan KYS akan terus menempuh kejayaan yang lebih besar untuk mencapai status sebuah universiti.

“Saya juga yakin pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke institut pengajian tinggi swasta (IPTS) seperti di KYS adalah disebabkan kualiti pendidikan yang ditawar- kan dan kursus-kursus pengajiannya menepati kehendak dan keperluan semasa.

“Selain itu pemilihan KYS sebagai tempat pengajian turut didasari oleh isu ‘kebolehpasaran’ para graduan setelah tamat pengajian nanti,” katanya ketika merasmikan Konvokesyen KYS kali ke-17, di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Yayasan Sabah, di sini, kelmarin.

Turut hadir Pengarah Ya- yasan Sabah dan Pengerusi Lembaga Pengalola KYS, Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul, Pengerusi, Lembaga Pengarah KKYS Sdn.Bhd Datuk Kamal D.E Quadra, Ketua Eksekutif KYS, Dr. Dg. Aminah Ali, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Jahid Jahim, Pem- bantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Tekno- logi Maklumat Datuk Jainab Ahmad dan kakitangan KYS.

Musa turut menyarankan KYS agar sentiasa sensitif terhadap perkembangan dan perubahan landskap ekonomi negara dan dunia dengan me- nawarkan kursus-kursus yang lebih releven kepada keperluan semasa.

“Dalam hal ini kursus yang ditawarkan perlu mengambil kira perubahan yang berlaku agar ianya lebih releven kepada keperluan semasa.

“Di samping itu KYS juga perlu menyuntik elemen-elemen ‘soft-skills, multi-tasking dan entrepreneurship’ bagi me- mastikan graduan yang dihasil- kan berketrampilan serta dapat menyumbang kepada hasrat menjana modal insan berkualiti bagi menjayakan matlamat misi nasional,” katanya.

Musa memuji usaha KYS yang berjaya mempelopori pembelajaran akademik, tek- nikal dan kemahiran vokasional dengan menggunakan model kurikulum yang diberi nilai tambah serta pedagogi terkini yang lebih anjal.

“Kaedah ini memboleh- kan para pelajar melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran yang berkisar kepada tiga bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran kendiri, pembelajaran bersemuka dan pembelajaran berterusan,” katanya.

Beliau percaya usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak KYS pastinya dapat menyumbang ke arah memartabatkan pendidikan akademik, tekni- kal dan latihan kemahiran sekaligus membuka peluang kepada rakyat di seluruh ne- geri khususnya para belia untuk mencapai cita-cita mereka.

“Dalam usia penubuhannya selama lebih 20 tahun, KYS juga tidak ketinggalan dalam usaha untuk terus mempertingkatkan latihan teknikal dan kemahiran vokasional.

“Menerusi penawaran kursus-kursus teknikal dan kemahiran vokasional, KYS telah banyak memberi peluang kepada belia-belia khu- susnya daripada luar bandar untuk memperoleh kemahiran yang mampu memberikan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor,” katanya.

Musa berkata, usaha itu sejajar dengan objektif dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) di mana kerajaan telah menetapkan latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional akan diarus perdana- kan.

Beliau turut menasihatkan para graduan supaya terus menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran ke peringkat lebih tinggi.

“Ini kerana peningkatan produktiviti dan daya saing negara memerlukan tenaga kerja kreatif, berinovasi dan berintegriti,” katanya.

Pada majlis itu graduan Diploma Pengurusan Tekno- logi (Perakaunan) Shafiqa Naidah Sarifuddin, 22 dari Tawau dipilih sebagai penerima Anugerah Ketua Eksekutif dan Anugerah Pingat Emas 2012.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline