Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
UMS om JPAM pokionuon papavakas abaabazan kotundunan |  Tinan tanak i natagak id pilumpakan padau nokito |  PIBAASAN UKUM HOBI VINAGAT KUMAA DI MAMAGAJI PATI |  Warga emas maut dilanggar van |  Pekerja tidak dibayar gaji minimum boleh buat tuntutan |  Insiden bot jongkong: Mayat kanak-kanak hilang dijumpai |  B-putera perlu tingkat kesedaran pentingnya pendidikan: Madius |  UMS, JPAM diminta perhebat aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan |  Hajiji: Pembangunan perumahan mampu milik antara fokus utama |  59,590 PATI SERAH DIRI SECARA SUKARELA |  Exit for Andrezinho |  11 swimmers to don State colours |  Another historic outing for Sabah girls’ hockey squad |  Athletics Sabah sets four-gold target |  International exposure for Sabah Rhinos | 
 BM

LSE utamakan kontraktor dan pekerja tempatan

30th September, 2012

LABUAN: Labuan Shipyard Engineering Sdn. Bhd. (LSE) sentiasa memberikan keutamaan kepada kontraktor dan pekerja tempatan un- tuk mengisi kekosongan dan peluang pekerjaan sesuai dengan kemahiran mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif LSE, Mohd Azman Nasir berkata, ketika ini hampir 90 peratus pekerja dalam bidang teknikal dan kimpalan diisi oleh anak jati tempatan.

“Mereka ini adalah merupakan pekerja yang mempunyai kemahiran yang telah diiktiraf oleh beberapa syarikat asing termasuk pelanggan tetap LSE, sekaligus membawa LSE bergerak lebih maju kehadapan” katanya.

Beliau berkata demikian kepada rombongan Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) yang membuat kunjungan hormat ke syarikat itu pada, Jumaat.

Rombongan seramai 10 orang itu diketuai oleh Presidennya, Wong Kii Yee.

Katanya, pengiktirafan itu juga telah membuka ruang kepada banyak syarikat min- yak dan gas untuk melabur ke LSE dengan menawarkan kontrak yang menjangkau jutaan ringgit.

Tambahnya lagi, LSE juga telah berjaya mengambil semula seramai 19 orang anak tempatan yang bekerja diluar negara untuk bekerja di LSE.

“Mereka merupakan be- kas pekerja LSE yang dulunya dikenali sebagai Sabah Shipyard yang mempunyai kema- hiran yang tinggi sehingga mendapat tawaran kerja di luar negara seperti di Azarbeijan dan negara Timur tengah,” katanya.

Mohd Azman yang lebih bersikap terbuka, bagaimanapun menjelaskan terdapat beberapa jawatan eksekutif yang membabitkan urusan pentadbiran dan pengurusan terpaksa di datangkan daripada Sabah, Sarawak dan juga Semenajung memandangkan kurang- nya anak tempatan yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang tersebut.

Beliau juga turut menjelaskan LSE sentiasa memberika keutamaan kepada kontraktor tempatan untuk dita- warkan projek yang berkaitan dalam industri perkapalan, minyak dan gas serta binaan.

“Bagaimanapun bagi menjaga prestasi LSE, hanya kontraktaor yang berwibawa serta mempunyai trek rekod yang baik sahaja akan diberi peluang untuk mendapatkan projek, ini kerana LSE mengutamakan kepada kualiti dan keupayaan agar pelanggan kami terus mempercayai akan kewibawaan LSE.

“Kita tidak mahu kontraktor yang di beri kerja adalah kontraktor yang tidak mempunyai kewibawaan yang akhirnya akan menyusahkan LSE dan pelanggan kami pula akan hilang kepercayaan terhadap syarikat kami,” kata- nya.

Beliau turut menjelaskan untuk tempoh 2012 LSE telah menyasarkan perolehan kontrak bernilai RM200 juta dengan sasaran keuntungan sebanyak RM35 juta.

Terdahulu sebelum itu, Wong Kii Yee menyarankan kepada LSE supaya anak jati tempatan di beri peluang untuk mengisi jawatan yang bersesuaian disamping kontraktor tempatan juga diberi keutamaan untuk mendapatkan kerja-kerja kontrak.

Wong berkata, dengan cara ini LSE bukan saja dapat membantu meningkatkan ekonomi Labuan, tetapi juga kepada masyarakat Labuan.

Pada majlis itu Wong Kii Yee bersama rombongan di berikan taklimat mengenai perkembangan LSE yang disampaikan oleh Pengurus Ka- nan Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, Zulkifli Abdullah sebelum mereka di bawa melawat ke sekitar limbungan perkapalan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline