Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
All-new Audi Q7 |  Pinapanau Wah Hui, songuhun haahangai tinaan do pulis Tawau |  27 ngoibu momukabun tongonini gata id Sabah kavasa monoimo IPG: Uggah |  TUDON POMUGOMPIZAN GIPAN TAGAZO ID PITAS |  Wujudkan konsep bank tanah bina rumah mampu milik untuk penjawat awam: Cuepacs |  Generasi muda perlu bangga budaya warisan, kata Hamisa |  Kumpulan AmBank terus bantu masyarakat melalui CSR |  Mangsa culik tidak patah semangat teruskan kehidupan |  27,000 pekebun kecil di Sabah layak terima insentif pengeluaran getah |  PROJEK LADANG UDANG TERBESAR DI PITAS GUNA PAKAI MODEL INKLUSIF |  Guardiola’s delight as Bayern claim more records |  Loew targets Euro 2016 with new-look Germany |  Sabah Rhinos far from ready! |  Sabah, Sarawak maintain Borneo hockey supremacy |  Duo break M’sian hearts | 
 BM

Penunggang motosikal maut

24th September, 2012

LABUAN: Seorang lelaki tempatan maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Pohon Batu Kampung Ganggarak, dekat sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Adzhar Othman, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam apabila mangsa yang menghala ke pusat badar dari Jalan Pohon Batu dirempuh oleh sebuah kenderaraan yang datang dari arah bertentangan.

“Kita percayai kenderaan yang datang arah bandar itu cuba memotong sebuah kenderaan lain, bagaimanapun pemandu berkenaan gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media yang diedarkan kepada media di sini, petang kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Dzainuddin Sabtu, 30, mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Adzhar berkata, pemandu kenderaan berkenaan telah ditahan polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam satu lagi kes kemalangan lain yang berlaku pada malam yang sama, seorang lelaki tempatan mengalami cedera parah, manakala isterinya serta anak mereka mengalami cedera ringan selepas kereta kancil yang dinaiki mereka terbabas sebelum terlanggar pokok di Jalan Batu Arang tengah malam kelmarin.

Menurut Adzar, kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah malam itu dilaporkan dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju ke rumah mereka di Kampung Lubuk Temiang.

Katanya, mangsa yang mengalami cedera parah itu sedang menerima rawatan di hospital Nukleus Labuan, manakala isteri dan anak mangsa dirawat sebagai pesakit luar.

Adzhar berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pada masa yang sama Adzhar meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya dapat menghubungi polis untuk membantu siasatan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline