Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Projik Skim Panaakan Vaig Tawau Fasa 3 pisosoomo opongo vuhan Kavahu diti |  SOGT id Kinamis, SAMUR id Sipitang minongukab 3,743 kosivatan pakalajaan |  PINONUGKUAN ID LAHAD DATU AU KOGOMPITAN ID KOPOKIONUAN "SULTAN SULU": MUSA |  Pelanggan Astro kini boleh tonton filem blockbuster melalui Astro Best, Astro First |  PPDNKK Labuan periksa 7,490 premis, 13 diambil tindakan |  Penduduk Mukim Dalit sambut baik projek naik taraf jalan |  Janil: Elak pembaran terbuka pada musim kemarau |  Penduduk diminta sabar, kerja bina Jalan Cecily dijangka siap awal Ogos depan |  Polis masih soal siasat remaja perempuan yang dakwa diculik |  Ketibaan pelancong ke Sabah meningkat 6.6 peratus: Masidi |  10 Mahkamah Anak Negeri akan dibina di seluruh Sabah RMK-10 |  TUNTUTAN KE ATAS SABAH TIDAK SAH |  K’jaan prihatin kebajikan penduduk Tg Batu dan Tg Labian, kata Musa |  Iran, South Korea, Australia through |  Ten days to Sukma | 
 BM

337 penduduk PPR Flat Taman Titingan fail saman RM100j terhadap MPT

21st September, 2012

TAWAU: Seramai 337 penduduk projek perumahan (PPR) Flat Taman Titingan memfailkan tuntutan saman RM100 juta terhadap Majlis Perbandaran Tawau (MPT) atas kejadian penemuan mayat dalam tangki air di taman perumahan berkenaan.

Penduduk PPR yang bertindak sebagai plaintif menamakan Presiden MPT sebagai defendan pertama dan turut menamakan Jurunilai dan Perunding Hartanah Sabah sebagai defendan kedua yang merupakan badan pengurusan, penyenggaraan dan penjagaan kemudahan-kemudahan asas dan keselamatan PPR berkenaan.

Mereka memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 2.40 petang melalui Tetuan Tan Chong Associates.

Dalam saman itu selain menuntut RM100 juta, pihak plaintif turut menuntut ganti rugi kecuaian, faedah ke atas ganti rugi tersebut pada kadar dan tempoh sebagaimana yang difikirkan mahkamah.

Pihak plaintif mendakwa, penemuan mayat di dalam tangki air kawasan PPR berkenaan pada 12 Mei lepas adalah disebabkan kecuaian daripada kedua-dua pihak defendan

Menurut mereka, kedua-dua pihak defendan gagal mencegah kejadian penemuan mayat berkenaan dari berlaku kerana meninggalkan tangki tanpa sebarang pengawasan keselamatan dan tidak mengendahkan aduan penduduk berkenaan bau air yang meloyakan dan lewat mengambil tindakan.

Akibat daripada kejadian penemuan mayat berkenaan kesemua pihak plaintif mendakwa mereka mengalami tekanan mental, trauma dan ketakutan kerana telah menggunakan air yang tercemar.

Peguam Chong Kian Ming ketika ditemui media selepas memfailkan tuntutan itu, berkata saman akan diserahkan kepada semua defendan dalam tempoh 14 hari dan menyatakan kos guaman untuk saman berkenaan adalah tidak berbayar.

Antara tuntutan yang dikemukakan juga termasuk meminta penggantian semua paip dalam dan paip luar yang menghubungkan dari tangki air ke unit masing-masing.

Selain itu meminta supaya penggantian semua tangki air lama dengan tangki air baru dengan ciri-ciri keselamatan bagi mencegah kejadian sama dari berulang dan apa-apa perintah lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline