|
|
|
DUIT RAYA ... Musa menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada majlis itu, turut kelihatan Zahari (tiga kiri) Azizah dan Isnin.
|
21st September, 2012
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi jaminan kepada penduduk Beaufort bahawa kawasan itu akan terus diberi perhatian sewajarnya bagi me- mastikan pembangunan te- rus dilaksanakan meskipun kawasan itu kini menghada- pi gelombang politik.
Beliau yang juga peng- erusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata Parlimen Beaufort perlu terus diwakili oleh BN dalam pilihan raya umum akan datang demi masa depan yang lebih cerah.
“Kita akan terus berusaha dan bekerja keras untuk me- mastikan pembangunan yang kita wujudkan di Sabah dapat diteruskan untuk manfaat rak- yat secara keseluruhannya.
“Dalam kita merancang pembangunan di negeri ini, pastinya Beaufort tidak akan ketinggalan khususnya kawa- san Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias dan DUN Kuala Penyu yang menjadi kubu kuat BN. Ini janji kita dan usaha kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Merdeka Raya, Parlimen Beaufort, di Dewan SESB Karamunsing, di sini, pada malam Rabu.
Turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Azizah Mohd Dun, Adun Kuala Pen- yu John Teo dan Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Aliasnih dan peng- erusi penganjur yang juga Bendahari Bahagian, Zahari Zinin.
Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata, walaupun ada “gelombang” di Beaufort namun ia adalah perkara biasa dalam politik. Apa yang penting rakyat membuat keputusan dengan bjiak dan baik yang membawa kebaikan dan kemakmuran serta kesejahteraan rakyat termasuk di Beaufort.
“Sebagai pemimpin … ada yang datang dan pergi kerana kita tidak memegang jawatan ini selama-lamanya, yang pergi biar pergi. Kata orang ‘patah tumbuh hilang berganti’.
“Jadi jangan kecewa dan merasa cemas, jangan gunda gulana… kita akan terus bekerja dan terus berusaha untuk memastikan rakyat di Beaufort khususnya DUN Klias dan DUN Kuala Penyu akan terus dibela,” katanya.
Beliau berkata kerajaan BN akan terus bekerja dan berusaha bagi memastikan kepentingan rakyat Beaufort terus terbela.
Parlimen Beaufort kini di- sandang bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Se- ri Lajim Ukin yang baru-baru ini, menyatakan sokongan ke- pada pakatan pembangkang.
Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan kesungguhan, melalui pelbagai program transformasi pembangunan, untuk memajukan Sabah dan Sarawak setanding dengan negeri-negeri lain di negara ini.
“Kita bekerja bukan untuk diri sendiri dan kepentingan peribadi tetapi kita bekerja dan berusaha untuk masa depan anak-anak cucu cicit kita.
“Saya sering tekankan bahawa menjadi wakil rakyat atau Yang Berhormat adalah satu amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kita, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kita bekerja dan berusaha untuk kebaikan rakyat,” katanya.
|