Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
M’sia kobuu id sistom balajalan nung songovian manaak ponotohan kumaa balajalan doid tanak |  Tinimungan komuhakan mositi tomoimo poinsosoguhu kopongintangan: Musa |  MAZAA LAMAI KAAMATAN KOOVIT NOGI KOBUUON IKONOMI POGUN |  Mourinho: My worst ever season! |  Ibu bapa perlu beri penekanan terhadap pendidikan anak-anak |  Rodgers salutes retiring Carragher |  Denmark’s Hoyer-Larsen wins BWF presidency |  Sportsman Ricky on cloud nine |  31 motosikal disita dalam Ops Motosikal |  Holistic approach to elevate sports industry |  Raja Muda Perlis mahu rakyat celik media |  French president signs gay marriage bill into law |  Philippines rejects Taiwan ‘murder’ claims |  N Korea fires short-range missiles |  Pusat Khidmat Masyarakat BN akan diwujud: Razman | 
 BM

Pairin harap peruntukan untuk Sabah bertambah pada Bajet 2013

19th September, 2012

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berharap supaya peruntukan untuk negeri Sabah akan bertambah pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pada 28 September ini.

Katanya, pertambahan bukan sahaja berkaitan dengan pembangunan infrastruktur dan transformasi kerajaan dan jentera kerajaan tetapi juga pembangunan di luar bandar.

“Kita mengharapkan agar kemajuan dan pembangunan di luar bandar diberi keutamaan dalam bajet berkenaan,” kata Pairin kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Parlimen Keningau di dewan masyarakat di sini pada Isnin.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Parlimen Keningau berkata, biasanya peruntukan untuk pembangunan di kawasan bandar disalurkan dengan mencukupi.

“Tetapi kadang-kadang yang terlupa adalah pembangunan dan kemudahan-kemudahan di luar bandar. Jadi di sinilah kita memikirkan agar lebih banyak peruntukan yang disalurkan unutk pembangunan luar bandar. Inilah harapan kita dan ianya harus merangkumi semua aspek yang boleh memberi keselesaan dan pendapatan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, ini amat penting kerana kerajaan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang mempunyai visi ingin melihat rakyat Malaysia akan mempunyai pendapatan yang boleh dibanggakan menjelang tahun 2020.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline