Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Banteras pemerdagangan manusia, judi haram fokus utama polis Labuan

19th September, 2012

LABUAN: Polis sedang melipatgandakan usaha untuk manangani masalah seperti judi haram dan pemerdagangan manusia di pulau bebas cukai ini, kata ketua polis Labuan Supt Adzhar Othman kelmarin.

Beliau berkata langkah ini diambil untuk memastikan kegiatan tersebut dapat dikekang.

“Kami tak boleh biarkan pulau ini menjadi sarang kegiatan seks, contohnya. Pulau ini terkenal kerana keadaannya yang bersih, rendah kadar jenayah dan kami ingin kekalkan imej ini,” katanya.

Merujuk kepada kes lima wanita yang dipaksa menjadi pelacur baru-baru ini selepas dijanjikan menjadi pekerja restoran oleh satu ejen di sini, beliau berkata kejadian itu membuktikan bahawa penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dengan tegas.

Kes itu terdedah selepas seorang daripada mangsa membuat laporan polis pada 6 Sept di Kota Kinabalu.

“Berikutan laporan itu, kami menyerbu sebuah rumah dan menemui 21 wanita. Lima daripada mereka (termasuk yang membuat laporan), mengaku dipaksa menjadi pelacur dan kami menghantar mereka ke pusat perlindungan di Kota Kinabalu,” kata Adzhar.

Selebihnya sedang disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang 2007.

Mengenai judi haram, Adzhar berkata 28 orang ditahan pada 12 Sept dalam serbuan di tiga premis yang dijadikan pusat perjudian.

Tujuh daripada mereka dipercayai petugas di pusat perjudian itu, katanya.

Beliau berkata lelaki terbabit, berumur antara 20 dan 40 tahun, akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi. Polis juga merampas 18 komputer dan wang tunai dalam serbuan itu, katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline