Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Kementerian cari penyelesaian terbaik isu benar pemandu pelancong Korea khidmat di Sabah

19th September, 2012

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan mencari penyelesaian terbaik dalam situasi menang-menang mengenai keperluan membenarkan pemandu pelancong dari Korea Selatan berkhidmat di negeri ini.

Menterinya Datuk Masidi Manjun berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan agensi berkaitan termasuk Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Persatuan Pemandu Pelancong Sabah (STGA), Kementerian Pelancongan persekutuan dan pegawai berkaitan.

“Kita akan duduk berbincang dengan agensi terlibat setelah mendapat butiran berkaitan dari kerajaan pusat.

“Saya fikir adalah tidak adil untuk membuat kesimpulan buat masa ini kerana saya ingin mengalukan semua cadangan dan saya pasti Yang Berhormat (Menteri Pelancongan) Datuk Seri Dr Ng Yen Yen orang yang terbuka dan akan menerima maklumat balas dari Sabah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog bersama anggota Matta di sini, kelmarin.

Masidi berkata beliau percaya Dr Ng mempunyai alasan yang munasabah untuk membenarkan pemandu pelancong asing selain menerima pandangan yang boleh diterima pakai daripada agensi berkaitan di Sabah.

Terdahulu dalam sesi dialog itu, Pengerusi STGA Daniel Doughty membangkitkan isu berkaitan dan memohon penjelasan Kementerian Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah agar situasi itu tidak menjejaskan pendapatan pemandu pelancong tempatan.

Masidi berkata perkembangan itu tidak akan menjejaskan pengusaha dan pemandu pelancong tempatan sebagai sebahagian pemain dalam industri pelancongan di negeri ini.

Beliau mengajak semua pihak melihat isu berkenaan daripada pelbagai perspektif bukan sahaja daripada segi kebajikan pemandu pelancong, sebaliknya memperluaskan usaha dan menarik lebih ramai kedatangan pelancong mengunjungi Sabah.

“Semua pihak tidak harus emotional, kita akan cuba cari jalan tengah untuk membuat semua pihak menang,” katanya.

Beliau berkata warga asing dibenarkan bekerja sebagai pemandu pelancong jika memiliki permit kerja yang sah selain mereka seharusnya pandai bertutur dalam bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris serta mendalami kepelbagaian budaya Sabah.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai pemandu pelancong dari Sabah menguasai bahasa Korea berikutan hanya lapan pemandu pelancong tempatan yang boleh berbahasa itu.

Sebelum itu, ketika sesi dialog itu, Masidi berkata langkah itu ‘bersifat sementara’ bagi memenuhi peningkatan bilangan pelancong dari Korea Selatan ke negeri ‘Di Bawah Bayu’ bagi tempoh dua hingga tiga tahun.

“Jika ia dipersetujui, ia akan bersifat sementara sehingga penduduk tempatan tahu berbahasa Korea,” katanya sambil menambah pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada Kementerian Pelancongan untuk mengetahui objektif penggunaan pemandu pelancong warga asing.

Pada Ahad Bernama melaporkan Dr Ng berkata keputusan membenarkan warga asing, terutama dari Korea Selatan menjadi pemandu pelancong di Sabah, adalah demi kebaikan dan pembangunan sektor pelancongan negara.

Beliau berkata sehingga Jun, kira-kira 43,800 pelancong Korea melawat Sabah berbanding 36,000 dalam tempoh sama tahun lepas.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline