Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

PATUHI UNDANG-UNDANG

190912_front_chief
SIDANG AKHBAR ... Hamza (duduk, tengah) bersama Rowell dan Fazdil pada sidang akhbar tersebut.

19th September, 2012

SANDAKAN: Pemilik senjata api berlesen di negeri ini diingatkan sentiasa mematuhi undang-undang dan bijak apabila menggunakan senjata yang didaftarkan di atas nama mereka, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Haji Hamza Taib.

Bercakap kepada pemberita semasa sidang akhbar ketika lawatan kerjanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Sandakan, di sini, kelmarin beliau berkata ia penting seperti mana yang termaktub dalam Senjatapi 1960.

Menurutnya, dia turut berdialog dengan pemilik senjata api berlesen dan terdapat 20 permohonan terdiri daripada orang kenamaan untuk memperbaharui lesen senjata api di daerah ini.

Pada lawatan itu, beliau turut memeriksa PTKPM A117 dan seluruh pentadbiran di IPD Sandakan.

Esok ( hari ini) beliau dijadualkan untuk melawat IPD Kinabatangan dan Beluran untuk menyampaikan amanat dan berdialog dengan kakitangan polis di daerah berkenaan.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang dilakukan oleh pemilik senjatapi berkenaan kepada pihak polis.

Beliau telah mengingatkan mereka supaya sentiasa menjaga keselamatan dan penggunaan senjatapi milik masing-masing.

“Saya amat tekankan dalam sesi dialog itu dari segi penggunaan, melepaskan tembakan dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau berkata, setiap kali sesi memperbaharui lesen senjatapi itu dijalankan yang sering diperingatkan adalah pemilik terbabit tidak menyalahguna senjatapi milik mereka.

Ini kerana, katanya, ada antara pemilik-pemilik senjata itu merasakan dengan adanya senjatapi berkenaan mereka merasa- kan boleh melakukan apa sahaja tetapi sebenarnya tidak begitu.

Hamza menegaskan di mana pemilik-pemilik senjatapi ini terikat dengan syarat-syarat yang termaktub dalam undang-undang di bawah Akta Senjata 1960.

Tambah beliau, sekiranya tiada kawalan atau pengawasan yang ketat di bawah undang-undang pelbagai perkara akan berlaku dan pihaknya mahu mereka ini mematuhi segala syarat yang sedia ada.

Ujarnya, di negeri Sabah ada beberapa lesen senjatapi dibatalkan ekoran tidak mematuhi syarat-syarat berkenaan seperti menyalahguna senjatapi, melepaskan tembakan di luar lapang sasar dan sebagainya.

Sementara itu Hamza berkata indeks jenayah di negeri ini mencatatkan penurunan 11.48 peratus dalam tempoh lapan bulan pertama tahun in.

Katanya pencapaian itu juga membolehkan polis Sabah memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama dua tahun berturut-turut.

“Jika kita berhasil mengekalkan rekod itu, kita akan berjaya mengekalkannya selama tiga tahun berturut-turut tahun ini,” katanya.

Katanya tahap kepuasan masyarakat terhadap tugas kepolisan juga akan terus dipertingkat, sekali gus mengeratkan lagi hubungan baik masyarakat dan PDRM yang sedia terjalin.

Hamza berkata perkara itu juga antara yang akan diaudit oleh pihak audit luar dalam memastikan peratusan yang disasarkan iaitu 45 peratus bagi tahap keselamatan dan 60 peratus bagi kepuasan masyarakat terhadap khidmat dan tugasan anggota PDRM tercapai.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong; Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Fadzil Mohd Ali dan pegawai kanan polis.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline