Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Pecah rumah: Tiga lelaki, dua wanita didakwa

13th September, 2012

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini kelmarin menetapkan pada 1 hingga 9 Oktober tahun ini sebagai tarikh pengurusan kes dan pada 10 serta 22 Oktober tahun ini sebagai tarikh bicara terhadap tiga lelaki dan dua wanita atas enam pertuduhan pecah rumah.

Majistret Norhamizah Shaiffuddin, membuat keputusan itu terhadap Tan Kok Leong, 40, Tan Kok Eng, 59, berasal dari Kuala Lumpur, Ong Chin Chye, 42, dari Melaka, Tee Bee Ling, 34, dari Selangor, dan Li Jinli, 45, dari negara China, selepas mereka tidak mengaku bersalah untuk semua pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, pada 17 Ogos tahun ini jam 7.30 pagi hingga 4 petang, di sebuah rumah Lot 9, Pearl Tower Kondominium BDC, Fasa 10, Kolombong, Inanam, mereka didakwa dengan niat bersama memasuki rumah yang digunakan sebagai tempat menyimpan barang.

Pada 21 Ogos lalu jam 9.17 malam di sebuah rumah pangsapuri, Jalan Kebajikan, di sini, mereka didakwa dengan niat bersama telah melakukan pecah rumah dan mencuri wang tunai sebanyak RM2,000, dua utas rantai emas, lima botol minuman keras, dan dua dompet.

Mereka dengan niat bersama, pada 18 Ogos lalu di sebuah rumah, no. 601, Signal Hill Tower 93, Jalan Bukit Bendera Lower, di sini, telah melakukan pecah rumah dan mencuri barangan kemas, antaranya dua pasang anting-anting mutiara hitam dan emas putih, beg komputer, dua pasang kaca mata, jam tangan, dan sebentuk cincin.

Pada 18 Ogos lalu di sebuah rumah, Cristal Blok Colonnades Condominium, Jalan Kebajikan, di sini, mereka sekali lagi didakwa melakukan pecah rumah dan mencuri barangan kemas serta lesen memandu yang telah tamat tempoh.

Mereka sekali lagi didakwa melakukan kesalahan yang sama, pada 17 Ogos tahun ini antara jam 10.30 pagi hingga jam 2 petang di sebuah rumah, tingkat lapan, Pearl Tower, Kondominium, Taman BDC, Fasa 10, Kolombong, Inanam.

Pada 17 Ogos lalu antara jam 11.30 pagi hingga 4.45 petang, di sebuah rumah, tingkat sembilan, di tempat yang sama, mereka didakwa melakukan pecah rumah dengan cara memasuki rumah seorang lelaki berusia 38 tahun.

Untuk enam pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, yang boleh dibaca bersama Seskyen 34 kanun sama. Hukuman yang diperuntukkan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan denda, atau sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Tan Kok Leong dan Tee sekali lagi didakwa mengikut Seksyen 22 A (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil, kerana memiliki loket bernilai RM25,000 yang disyaki dicuri, pada 22 Ogos tahun ini jam 5.10 pagi di tingkat dua, bilik 218, Zara’s Boutique Hotel, Harbour City, Sembulan.

Sekiranya disabitkan bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM25.

Bagaimanapun, mahkamah tidak menawarkan ikat jamin kepada setiap tertuduh dan diarahkan direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Semua tertuduh diwakili oleh peguam Arthur Bornie dan Pegawai Pendakwa Insp Syahrin Ali mewakili pihak pendakwaan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline