Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Pemandu pacuan empat roda maut bertembung lori pengangkut kenderaan

13th September, 2012

TAMPARULI: Seorang lelaki tempatan maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya bertembung lori pengangkut kenderaan di Kilometer 30.6, Jalan Tamparuli-Ranau, berhampiran Kampung Sambarangan, malam Selasa.

Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, kenderaan yang dipandu Dounis Dolinting, 54, dalam perjalanan ke Pekan Nabalu, Ranau dikatakan tiba-tiba memasuki lorong kanan jalan menyebabkan bertembung lori pengangkut kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, berkata kejadian itu menyebabkan pacuan empat roda itu remuk teruk dan diheret sejauh 15 meter oleh lori berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa yang memandu bersendirian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan pada kepala dan badan kerana tersepit pada tempat duduk pemandu.

“Mayat mangsa dikeluarkan sepasukan anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Tuaran yang tiba awal di tempat kejadian,” katanya di sini, malam Selasa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuaran sebelum dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan lori pengangkut kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki berusia lingkungan 40-an, membawa muatan sebuah pacuan empat roda dari Sandakan ke Kota Kinabalu terbabas pada bahu kiri jalan.

Bagaimanapun, katanya, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan manakala, muatan dibawa tidak mengalami kerosakan.

Zaharudin berkata, jalan di mana kejadian itu berlaku agak gelap kerana tidak mempunyai lampu jalan dan ini menyukarkan pemandu kenderaan melihat dengan jelas kawasan terbabit.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline