Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

LAPORAN POLIS TERHADAP BLOG HINA TARIAN SUMAZAU

13th September, 2012

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) membuat laporan polis mengenai sebuah artikel dalam blog Suara Pakatan Rakyat yang menghina tarian Sumazau.

Laporan polis mengenai artikel bertarikh 11 Sept, jam 12.05 petang itu yang dianggap sebagai menghina dan menghasut perasaan benci terhadap budaya masyarakat Kadazandusun Murut dikemukakan oleh Setiausaha Agung PBS Datuk Henrynus Amin, di Balai Polis Penampang, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya membuat laporan polis kerana artikel berkenaan boleh memudaratkan ketenteraman awam.

“PBS membuat laporan polis dan mendesak tindakan polis terhadap kenyataan berikut sesuai dengan mana-mana akta berkaitan dengan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Henrynus berkata, tajuk artikel “Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak” menghina seluruh masyarakat Kadazandusun Murut yang mempunyai rentak dan gaya tarian seumpama itu.

“Kenyataan dalam artikel itu seperti “Ia bukanlah tarian rakyat seperti mana yang kebanyakan dari kita semua faham” menghina kerana menyatakan tarian Sumazau sebagai bukan tarian rakyat tetapi tarian pemujaan,” katanya.

Beliau berkata, selain itu kenyataan seperti “Penulis akui, tak berapa faham tentang tarian, cantik ke tak cantik, sumbang ke tak sumbang. Tapi penulis tahu jenis dan gaya tarian itu tak berapa berkenaan di mata penulis, nampak bodoh saja mengepak-ngepak macam burung” adalah menghina kerana ianya menyatakan penari Sumazau nampak bodoh. Perkataan “bodoh” bercanggah dengan semangat Rukun Negara.

“Penulis yakin, bukan seorang, majoriti rakyat Malaysia sama seperti penulis, tidak berapa nak berminat dengan tarian yang berasal dari upacara memuja semangat padi ini. Soal rakyat Sabah sukakannya, itu masalah mereka. Kita di Semenanjung yang jauh lebih moden, bertamadun tak perlu mengikut mengepak-ngepak seperti itu” – kenyataan ini menghina oleh kerana ia menuduh masyarakat Kadazandusun Murut sebagai kurang moden, kurang bertamadun, kolot dan ketinggalan zaman.

“Penulis rasa tindakan Najib “mencemar duli” dengan menari tarian Sumazau yang ketinggalan zaman ini ada kaitan dengan cubaan meniru pendekatan sama yang pernah dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, terutama dalam cuba menarik perhatian sokongan kaum India”—kenyataan ini sangat menghina masyarakat Kadazandusun Murut kerana ia menuduh bahawa menari Sumazau mencemar Duli, walaupun tidak sebut sepenuhnya,” katanya.

Henrynus berkata, kenyataan seperti “Berapa percent sangat mereka di Sabah? mengejek masyarakat Kadazandusun Murut sebagai minoriti dan tidak penting dalam politik Malaysia.

“Oleh itu PBS memohon polis menyiasat kenyataan blog ini seperti penulis blog dan mengambil tindakan wajar kerana menghina dan menyinggung perasaan masyarakat Kadazandusun Murut di Sabah yang dituduh sebagai bodoh, tidak bermoral, kebelakang, kurang bertamadun, terlalu kecil dan tidak layak dihormati,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline