Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Oduan popoinsavat hoogo taakanon daat id uvang ponuuan kumuung |  Pongkimamaan mintamong kedaulatan pogun mantad osuang |  TINAN MUNGGUI MH17 AU OOVIT POGUHUI AIDILFITRI |  Zakaria: Berhati-hati ketika lalui Jalan Labuk |  BN prihatin sediakan rumah ibadat rakyat berbilang kaum di Sabah: Radin |  Jangan naik harga ikan khususnya kawasan perintah berkurung, kata Jainab |  Lush Cosmetics biayai usaha Sabah cegah perdagangan tenggiling Sunda |  Masyarakat dipelawa sertai program Sukarelawan Koreksional |  Kestabilan ekonomi bolehkan agensi kerajaan hulur bantuan |  KOPEKS koperasi terbaik kategori kredit, kewangan di Sabah tahun lalu: Maznah |  MAYAT MUNGKIN TIDAK DAPAT DIBAWA PULANG SEBELUM AIDILFITRI: PM |  Suarez, Rodriguez to debut in El Clasico |  Triathlete Stimpson wins first gold |  Ilmie triumphs after see-saw battle |  Karateka Cairola does Sabah proud | 
 BM

Rompakan bersenjata: Lelaki tempatan dipenjara 12 tahun

6th September, 2012

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang lelaki tempatan selepas didapati bersalah melakukan rompakan bersenjata secara berkumpulan.

Selain dari hukuman penjara yang diarahkan berkuatkuasa dari tertuduh ditangkap 18 April 2010, mahkamah juga mengarahkan Benji Ali dua sebatan rotan.

Hakim Ismail Brahim menjatuhkan hukuman ketika kes itu dikemukakan untuk penghakiman kelmarin.

Benji didapati bersalah melakukan perbuatan itu pada 4 Mac 2010 kira-kira jam 11.30 malam di sebuah rumah di Lorong Iramanis in Jalan Kolombong, Inanam.

Tertuduh didapati bersalah merompak kereta jenis Lexus, tiga telefon bimbit, 10 jam tangan, dua kamera, hard dich, wang tunai dan barang-barang kemas milik Ng Soon Yong, 37, semuanya bernilai RM150, 000.

Menurut fakta kes Benji bersenjatakan parang dan pisau ketika melakukan rompakan itu.

Benji didapati bersalah di bawah Seksyen 395/397 Kanun Kesiksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan juga boleh dikenakan rotan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan telah memanggil 13 orang saksi semasa perbicaraan bermula 27 April tahun lepas dan dia diminta membela diri pada 8 Feb tahun ini.

Benji menjadi saksi tunggal bagi seksi pembelaannya.

ASP Sabrina Jinius bertindak mewakili Timbalan Pendakwa Raya manakala Nartiah F. Mirchelle Sambatan bertindak sebagai pendakwa.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline