Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
It’s done and dusted! |  Futsal trials venue switched to Borneo Sports Arena |  KDM Papar pip KDM Putatan for top spot |  Young footballers gain valuable tips from QPR experts |  SAILA sailors dominate Sandakan Regatta |  BEFF workshop films get first public showing |  KiTA Exco members visit villages en route to Sandakan |  State agriculture aims for self-sufficiency |  GST may add to Sabah’s economic woes |  Court reschedules hearing of FRU senior member on rape charges |  INTI students have eye-opening experience with Raleigh Borneo |  Uncooperative villagers disappoints Fire Dep |  Coal mine explosion victims now at QEII |  Police make several arrests in Ops cantas |  One seriously injured, another unconscious when two vehicles collide | 
 BM

UMS tawar 5,068 tempat kepada pelajar baru

2nd September, 2012

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menawarkan seban- yak 5,068 tempat kepada pelajar baru untuk meng- ikuti pengajian dalam pelbagai bidang bagi sesi akademik 2012/2013.

Naib Canselornya Prof Dr. Mohd Harun Abdullah berkata, penawaran tempat untuk penuntut baru universiti itu meningkat sebanyak sembilan peratus berbanding tahun lepas iaitu seramai 4,606 orang.

“Setakat petang Jumaat, seramai 4,140 pelajar telah mendaftar. Pada tahun ini, kita telah memulakan sistem pendaftaran pelajar secara online dan nampaknya ia berjalan lancar … lebih kemas dan tersusun.

“Ini satu peningkatan yang baik dalam pengurusan pen- daftaran pelajar universiti ini.

“Kita memahami masalah terutamanya pelajar di kawa- san luar bandar yang tidak dapat melayari internet, oleh itu kita berikan tempoh satu atau dua minggu kepada me- reka untuk mendaftar,” kata- nya pada sidang akhbar di Kolej Kediaman, UMS, di sini, kelmarin

Mohd Harun berkata, secara keseluruhannya seban- yak 55 peratus daripada pelajar yang memohon adalah aliran Sastera dan 45 peratus adalah bidang Sains.

“Matlamat kita ialah untuk meningkatkan bilangan pelajar aliran Sains melebihi 50 peratus… ini satu cabaran pada masa akan datang tetapi saya percaya usaha ini akan tercapai dengan tertubuhnya Pusat Asasi Sains,” katanya.

Dari segi bilangan pelajar antarabangsa beliau berkata, empat peratus atau 180 pemohon adalah pelajar antarabangsa yang akan mengikuti program prasiswazah di Sekolah Pengajian Ekonomi dan Sekolah Perniagaan Antarabangsa Labuan.

“Kebanyakan mereka ada- lah pelajar dari China iaitu seramai 160 orang, manakala selebihnya daripada Korea, Indonesia, Turki dan Brunei,” katanya.

Mohd Harun berkata, bilangan pelajar antarabangsa yang menuntut di universiti itu meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding tahun lepas.

“Kita akan terus berusaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa bukan sahaja dari China, Brunei, Indonesia tetapi juga dari negara-negara lain,” katanya.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan penuntut baru di UMS, 40 peratus adalah daripada Sabah.

“Kesemua pelajar baru atau pelajar tahun pertama diwajibkan tinggal di Kolej Kediaman UMS. Kita berusaha memberi kemudahan sebaik mungkin kepada para pelajar termasuk menjaga kebajikan dan keselamatan mereka,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline