Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Sanganu kadai taakanan nolugi RM17,000 naavan do pakakaja |  Ruji dinadi Potunud Tuhun Ginumuan ESSCOM |  SABAH KOTUMBOZO DO M’SIA KIUMUL 51 TOUN |  Tagal mampu lindungi hidupan sungai: Bobbey |  Kru kapal MV Lewek Kestrel ditemui lemas |  Pemuda Umno mahu 45 peratus pengundi muda Pengkalan Kubur didekati |  Tindakan pertikai hari kemerdekaan nasional mampu timbul kekecohan |  Anak jati Tawau dilantik Pengarah Awam ESSCOM |  Dua jenazah juruterbang MH17 antara 9 jenazah yang tiba di Malaysia hari ini |   |   |  PEKERJA RESORT CUBA CABUL PELANCONG ASING |  Khairy: Tighten control at clash-prone matches |  Khairy: Chong Wei’s passion has no comparison |  Regatta records biggest participation | 
 BM

Hanya 16 peratus petugas sektor pelancongan miliki diploma, ijazah: Khaled

30th August, 2012

PUTRAJAYA: Hanya kira-kira 16 peratus petugas industri pelancongan dan hospitaliti memiliki kelayakan diploma atau ijazah, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sehubungan itu, beliau berharap Pusat Pengajian Pelancongan dan Hospitaliti (MyCenTHE), yang ditubuhkan pada tahun lepas, dapat berperanan melahirkan lebih ramai sumber manusia berkemahiran dalam bidang tersebut.

“MyCenTHE ditubuhkan untuk meningkatkan jumlah orang yang memiliki kelayakan lebih tinggi dalam industri, sasaran jangka panjang adalah melahirkan sekurang-kurangnya 50,000 petugas berkemahiran setiap tahun menjelang 2020,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Pelancongan dan Hospitaliti kelmarin.

Persidangan itu didakan sempena sambutan ulang tahun pertama MyCenTHE.

Mohamed Khaled berkata kementeriannya memberi sokongan kepada MyCenTHE melalui penawaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM16,000 untuk tempoh dua tahun pengajian peringkat diploma.

“Pelajar tidak perlu mendapatkan pinjaman penuh kerana mereka mengikuti pengajian yang berasaskan pekerjaan, dan ini bermakna mereka akan mendapat elaun,” katanya.

Beliau berkata negara memerlukan lebih ramai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dalam sektor perlancongan dan hospitaliti selari sumbangan industri itu dalam ekonomi negara.

“Kita berharap lebih ramai bakat muda dari Malaysia akan memilih kerjaya dalam sektor pelancongan dan hospitaliti, yang merupakan penyumbang kelima terbesar dalam ekonomi Malaysia,” katanya.

MyCenTHE merupakan institusi yang bermatlamat meningkatkan kualiti pendidikan pelancongan dan hospitaliti melalui sokongan pasukan khas yang terdiri daripada pakar pendidikan, peneraju industri serta wakil agensi kerajaan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline