Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Sabah football needs new blood |  Taliban defy peace bid with deadly attack on Americans |  N Korea threatens to kill authors of Hitler report |  120 killed in India monsoon floods: Officials |  Single mother killed, father claims daughter involved with police officer |  Teachers who conduct own business, affect working hours should prepare to be dismissed |  SOCSO Accident Prevention Programme hopes to reduce accidents rate by five per cent |  Two MACC officers killed in accident |  More hardware to beef up security of state waters |  Build affordable homes, says Kiulu YB |  SHTDA to build 10,778 houses through joint-ventures with private developers |  Four injured in car-train collision |  62 Communal Land Titles issued |  ESSCOM CHIEF REFUTES SHOOTOUT CLAIM |  Nazir: Asian companies, govts should act on rapid funds outflow | 
 BM

Belia perlu perkasa hadapi cabaran: Jahid

23rd August, 2012

TAMPARULI: Golongan belia disaran agar sentiasa mempunyai benteng dalaman yang kukuh dalam bentuk kerohanian supaya sentiasa perkasa dalam menghadapi cabaran-cabaran masa kini.

Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, belia hari ini adalah cerminan pembentukan negara masa depan, justeru, jika belia terdedah kepada gaya hidup yang tidak sihat dan berhadapan pelbagai masalah sosial, bererti negara dan masyarakat menghadapi masa depan yang gelap.

Justeru, bagi menjana transformasi atau perubahan, semua pihak perlu berubah menepati ciri dan budaya bangsa sesuai dengan lingkungan sekitar iaitu agama, budaya, sosial, ekonomi, politik dan masyarakat.

“Peranan dan tanggungjawab belia hari ini sangat mustahak dalam menjana pembangunan negara bangsa. Mereka mesti menjadi contoh yang baik di samping menyumbang idea, masa dan tenaga ke arah pembangunan negara agar lebih dihormati dan disegani,” kata Jahid.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan sumbangan peralatan muzik daripada beliau sendiri kepada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kampung Tiong Monggis, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, sebarang aktiviti anjuran mana-mana jabatan sama ada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) yang menjurus kepada pembangunan belia sekarang adalah bertujuan melahirkan individu dan masyarakat belia yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

“Kita juga bersyukur kerana rancangan demi rancangan kerajaan yang diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan telah berjalan lancar untuk dimanfaatkan oleh rakyat,” kata Jahid.

Majlis penyerahan alat muzik (Keyboard) itu diadakan di Balai Muhibbah Kampung Tiong Monggis, diterima oleh Ketua Gereja SIB Jaimon Sugiak di hadapan beberapa penduduk setempat.

Selepas majlis itu, Jahid dan rombongan beliau turut mengadakan lawatan ke tapak padang bola sepak yang sedang dibina di kampung itu dan sekaligus meluluskan peruntukan pembaikan padang berkenaan.

Turut hadir Pemimpin Kemajuan Rakyat Tamparuli, Jefferson Jonathan, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tiong Monggis, Raime Luntab dan Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Tamparuli, Madin Anak.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline