Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Duvo upisol SPRM om songuhun dazanak nopujulan kiniopon id kinohigaganan talun alun id Labuan |  10,778 unit hamin todoon id lahan pisokodungan do LPPB |  62 GERAN KOMUNAL PINAHABUS POLINTA |  Perkeso harap program pencegahan kurangkan kadar kemalangan |  Dua Pegawai SPRM dan bayi lelaki maut nahas jalan raya |  Cuepacs akan serah cadangan penjawat awam terus carum Perkeso kepada JPA |  Kalangan guru diberi amaran tidak buat perniagaan tanpa hirau waktu kerja |  K'jaan negeri ambil perhatian serius implikasi GST: Ramlee |  LPPB Sabah rancang bina 10,778 unit rumah mampu milik, kata Zakaria |  62 Geran Komunal dikeluarkan sehingga 31 Mei tahun ini: Musa |  Empat pelancong parah kereta dilanggar keretapi |  LAPORAN PERTEMPURAN TIDAK BETUL: KETUA ESSCOM |  Moyes kicks off United tenure at Swansea |  Justin: A match we can’t afford to lose |  Golf For Girls programme bearing fruit | 
 BM

Puteri Umno Sabah sokong semakan semula lima peratus royalti minyak

23rd August, 2012

MENGGATAL: Pergerakan Puteri Umno Sabah menyokong semakan semula kadar semasa lima peratus royalti minyak yang dibayar kepada Sabah.

Ketuanya, Musliati Moslimin, berkata kerajaan patut melihat semula kadar pembayaran royalti minyak itu untuk kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

“Secara peribadi dan sebagai rakyat Sabah saya rasa kerajaan patut melihat semula kadar pembayaran royalti minyak itu.

“Sudah tiba masanya ia diambil perhatian serius sebab bayaran lima peratus adalah perjanjian lama yang dibuat lebih empat dekad lepas. Sekarang sudah era baru jadi ia perlu diambil perhatian serius.

“Ini bukan kehendak satu orang tapi kehendak seluruh rakyat Sabah. Bagaimanpun kita serahkan kepada pucuk pimpinan kerajaan untuk membuat keputusan. Biarlah keputusan itu “menang-menang” iaitu yang memberikan kebaikan kepada penduduk Sabah dan juga kerajaan Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbukanya di Taman Flamingo, Jalan Tuaran, dekat sini, kelmarin.

Musliati diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, mengenai isu semakan semula royalti minyak.

“Saya menyokong kenyatan Ketua Menteri yang mahu isu itu dibincangkan secara baik dan tidak secara mendesak kerana secara logiknya kita (Sabah) dalam Malaysia.

“Tetapi adalah lebih baik rakyat Sabah dan Sarawak diberikan kelebihan atau sedikit keistimewaan memandangkan kedua-dua negeri itu adalah penyumbang utama pengeluar petroleum negara. Jadi tidak salah sekiranya ia dinaikkan untuk pembangunan negeri dan kepentingan rakyat,” katanya.

Ketika ditanya sama ada perundingan itu perlu dilakukan dalam masa terdekat Musliati berkata: “Cepat atau lambat, biarlah keputusan yang kita terima adalah yang positif untuk kebaikan rakyat, kerajaan negeri dan Malaysia”.

Mengulas janji pihak pembangkang untuk meningkatkan bayaran royalti minyak Sabah dari lima peratus kepada 20 peratus, Musliati berkata, ia adalah pendapat pihak pembangkang dan mereka boleh berjanji apa sahaja tetapi tidak dapat menunaikannya.

“Saya tidak menyokong pembangkang tetapi sebagai penduduk Sabah, kita berharap diberikan lebih daripada itu (5 peratus).

“Bukan sebab pihak pembangkang membangkitkan isu ini maka kita pun terikut-ikut. Tetapi dalam komponen parti Barisan Nasional (BN) dan semua rakyat Sabah pun bercakap pasal royalti minyak perlu dinaikkan … ada yang menyuarakan cadangan lebih 20 peratus, 10 peratus dan sebagainya.

“Semua pihak bebas menyuarakan cadangan tetapi cadangan itu biarlah yang munasabah. Sebagai rakyat Malaysia, kita juga harus bersikap adil dengan kerajaan pusat sebab kita dalam satu negara. Apa juga hasil yang kita dapat, kita harus kongsi bersama negeri-negeri lain,” katanya.

Musliati berkata, kerajaan pusat selama ini memberikan peruntukan yang banyak kepada Sabah untuk pembangunan negeri ini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline