Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Pekadin saran lebih banyak tadika swasta KDM diwujud di Sabah

23rd August, 2012

TAMPARULI: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) menyarankan agar lebih banyak tadika Kadazandusun Murut (KDM) kendalian swasta diwujudkan di negeri ini.

Ketika membuat gesaan itu, Pengerusi Biro Penyelidikan dan Pemantapan Pendidikannya Mojuntin Ebin berkata langkah itu selari dengan iniasitif Kementerian Pelajaran memperkenalkan pembelajaran bahasa Kadazandusun, sejak 1997 di sekolah rendah dan 2006 di sekolah menengah, di negeri ini.

Sambil memberi contoh kejayaan projek perintis tadika ceria di Kampung Monggis, Tengilan, dekat sini yang menggunakan bahasa Kadazandusun sebagai bahasa pengantar, beliau berharap perkhidmatan tadika KDM swasta seperti itu diperluas ke kawasan lain bagi memantapkan penguasaan bahasa itu di kalangan pelajar seawal usia.

“Kami di Pekadin melihat pewujudan lebih banyak tadika KDM swasta sebagai satu strategi yang wajar dipertimbangkan. Penglibatan pihak swasta amat perlu memandangkan ramai murid sekolah rendah (khususnya murid dari kalangan masyarakat KDM) yang masih lemah dalam bahasa itu,” katanya kepada Bernama di sini kelmarin.

Melalui usaha itu, beliau percaya ia boleh membantu dan memastikan bahasa Kadazandusun tidak hilang ditelan zaman.

Mojuntin turut berharap agar lebih ramai golongan intelek KDM menerbitkan buku akademik sebagai bahan bacaan tambahan bagi pelajar yang mengambil peperiksaan mata pelajaran bahasa itu, di peringkat menengah.

Usaha itu, katanya dapat memastikan kelangsungan pembelajaran bahasa Kadazandusun sehingga ke peringkat universiti sekali gus memartabatkan bahasa itu sebagai bahasa ilmu dan menjadi antara mata pelajaran pilihan.

Pekadin juga menyambut baik keprihatinan Kementerian Pelajaran memberi ‘lampu hijau’ kepada pengajaran bahasa Kadazandusun di peringkat sekolah rendah dan menengah di Sabah, katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline