Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Golongan kurang bernasib baik dapat perhatian Pemuda Umno

12th August, 2012

SANDAKAN: Golongan kurang bernasib baik seperti warga emas, fakir miskin dan anak-anak yatim mendapat perhatian daripada Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Batu Sapi melalui Program Ziarah Ramadan yang dilaksanakan sejak awal bulan Ramadan al-Mubarak lagi.

Ketika kesyahduan umat Islam menanti 1 Syawal yang menjelang tiba, pergerakan itu diketuai ketuanya iaitu Mohd Firdaus Datuk Akbar Khan memperhebatkan gerakan program ini dengan berkunjung dari rumah ke rumah menyampaikan bantuan seadanya.

Usaha murni yang bermula pada tahun 2009 ini adalah semata-mata untuk mendekati masyarakat terutama di bulan penuh keberkatan golongan-golongan susah tidak pernah mereka lupakan.

Minggu lepas saja, seramai 140 orang penerima telah mendapat bantuan berupa makanan keperluan harian manakala 150 penerima lagi turut mendapat bantuan sama dalam program yang diadakan pada Jumaat.

Antara kampung-kampung di Parlimen Batu Sapi melibatkan dua zon iaitu Karamunting dan Sekong yang telah dikunjungi pergerakan itu adalah Kg Bokara; Kg Air; Kg Gelam; Kg Gas; Kg Cenderamata Tengah; Kg Bakau; Kg Lupak Meluas dan Kg Pisang.

Beberapa perkampungan termasuk di kepulauan akan dikunjungi sebelum berakhirnya Ramadan dan menariknya program berkenaan ianya tidak dilaksanakan dalam satu majlis tetapi pemuda sendiri menyampaikan bantuan dengan mengunjungi setiap rumah penerima terpilih.

“Inilah antara pendekatan dan matlamat utama pemuda Umno yang sentiasa mendekati masyarakat terutama dalam bulan penuh keberkatan menerusi program-program kemasyarakatan yang kita laksanakan.

“Dengan adanya program ini, kita akan dapat berkongsi apakah permasalahan yang rakyat hadapi kerana kita pergi sendiri ke rumah-rumah mereka sekali gus mengeratkan hubungan silaturrahim,” kata Mohd Firdaus semasa ditemui dalam Program Ziarah Ramadan di Kg. Cenderamata Zon Sekong.

Katanya, pemuda Umno bukan sahaja menitikberatkan soal kekuatan parti tetapi turut mengambil kira keperluan masyarakat terutama melibatkan golongan yang susah dan memerlukan perhatian dari masyarakat berkemampuan.

Setidak-tidaknya, kata beliau, mereka tidak disisihkan malahan terus mendapat pembelaan sewajarnya apatah lagi peranan golongan terbabit tidak boleh dinafikan dalam konteks pembangunan negara.

“Kita dalam Umno khususnya pemuda di didik agar sentiasa menghayati asas perjuangan Umno iaitu salah satunya mendekati masyarakat susah. Ini membuktikan bahawa Umno amat prihatin terhadap kebajikan rakyat menerusi program-program kemasyarakatan yang dilaksanakan,” jelasnya.

Hadir sama pada program itu Setiausaha Pemuda Umno Batu Sapi, Azman Jembo dan beberapa barisan ahli jawatankuasanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline