Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Projik Skim Panaakan Vaig Tawau Fasa 3 pisosoomo opongo vuhan Kavahu diti |  SOGT id Kinamis, SAMUR id Sipitang minongukab 3,743 kosivatan pakalajaan |  PINONUGKUAN ID LAHAD DATU AU KOGOMPITAN ID KOPOKIONUAN "SULTAN SULU": MUSA |  Pelanggan Astro kini boleh tonton filem blockbuster melalui Astro Best, Astro First |  PPDNKK Labuan periksa 7,490 premis, 13 diambil tindakan |  Penduduk Mukim Dalit sambut baik projek naik taraf jalan |  Janil: Elak pembaran terbuka pada musim kemarau |  Penduduk diminta sabar, kerja bina Jalan Cecily dijangka siap awal Ogos depan |  Polis masih soal siasat remaja perempuan yang dakwa diculik |  Ketibaan pelancong ke Sabah meningkat 6.6 peratus: Masidi |  10 Mahkamah Anak Negeri akan dibina di seluruh Sabah RMK-10 |  TUNTUTAN KE ATAS SABAH TIDAK SAH |  K’jaan prihatin kebajikan penduduk Tg Batu dan Tg Labian, kata Musa |  Iran, South Korea, Australia through |  Ten days to Sukma | 
 BM

Hospital Tuaran laksana kempen ‘Tak Nak’ dan ‘Nak’

12th August, 2012

TUARAN: Hospital Daerah Tuaran dalam beberapa aktiviti tahunannya telah menganjurkan majlis dua dalam satu iaitu Kempen Nafas Baru Bulan Ramadan dan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia tahun 2012 peringkat Hospital Tuaran, dekat sini baru-baru ini.

Majlis tersebut diadakan untuk lebih menekankan slogan ‘Tak Nak’ bagi individu-individu yang ingin berhenti merokok termasuk persekitarannya dan slogan ‘Nak’ untuk proses penyusuan susu ibu yang lebih menjurus kepada pemakanan yang seimbang bagi seseorang bayi.

Jawatankuasa Sambutan telah menjemput Pegawai Pelajaran Daerah Tuaran, Tah Nia Hj. Jaman bagi merasmikan gabungan dua program berkenaan.

Dalam ucapannya, Tah Nia menyatakan rasa kagumnya terhadap penganjuran tersebut yang disifatkannya sebagai satu pendorong bagi generasi yang akan datang dalam menjaga kesihatan diri dengan menjauhi rokok selain pemakanan seimbang kepada seorang ibu dan bayi.

“Kempen seperti ini sememangnya suatu keperluan, kerana melihat keadaan sekarang, perbuatan merokok seolah-olah sudah menjadi satu trend yang biasa dalam kalangan remaja malah bagi sesetengah mereka, rokok adalah satu keperluan untuk setiap orang remaja.

Tambahnya, manakala bagi setiap ibu pula, mengamalkan amalan penyusuan ibu dan menjaga pemakanan secara seimbang juga dilihat satu keperluan terutamanya untuk kebaikan bayi-bayi mereka.

Sementara itu, Pengarah Hospital Tuaran, Dr. G. Mohan berkata perkara paling utama dalam aspek penjagaan kesihatan adalah dengan menghindarkan diri daripada gejala seperti rokok, arak dan sentiasa menjaga pemakanan yang seimbang selain aktif bersenam atau bersukan.

“Ketika hamil, anda sentiasa menjaga pemakanan agar bayi di dalam kandungan sihat dan mendapat cukup nutrisi.

“Apabila bayi sudah lahir, anda juga harus menjaga pemakanan harian kerana susu ibu akan membekalkan semua zat yang diperlukan untuk membesar dan menjana perkembangan otaknya.

“Jadi, apa yang anda makan sepanjang tempoh menyusu adalah amat penting untuk kesejahteraan bayi anda,” ujar beliau.

Selepas majlis perasmian selesai, Tah Nia turut dijemput untuk melawat sekitar tapak pameran yang berkaitan dua kempen tersebut.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline