Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

PM UMUM PERINCIAN RCI SIASAT PATI DI SABAH

120812_depan_1
Najib (empat kanan) ketika sidang akhbar.

12th August, 2012

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perincian terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing (RCI) untuk menyiasat pendatang asing dan jumlah yang diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan di Sabah.

Beliau berkata, RCI akan dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Amar Steve Shim Lip Kiong, mantan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dan dianggotai oleh empat orang pesurujaya yang lain.

“Mereka ialah mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon; mantan Peguam Besar Negeri Sabah, Tan Sri Herman J. Luping; Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan mantan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu, dan mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk K.Y Mustafa.

“Manakala Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kasim, pula dilantik sebagai Setiausaha suruhanjaya ini.

“DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah pun berkenan dengan cadangan kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi menyiasat kehadiran pendatang asing di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perjumpaan dengan pemimpin Umno Negeri dan pemimpim-pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) Sabah di Bangunan Umno, di sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman dan semua ketua parti-parti Komponen BN iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (Presiden Parti Bersatu Sabah), Tan Sri Bernard Dompok (Presiden Upko), Tan Sri Joseph Kurup (Presiden PBRS, pemimpin parti komponen lain dan pemimpin-pemimpin Umno.

Najib berkata, terma rujukan suruhanjaya siasatan itu bertujuan menyiasat sama ada pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah adalah menurut peruntukan undang-undang dan menyiasat sama ada pendatang asing di Sabah yang memegang kad pengenalan biru, resit pengenalan sementara (biru) atau kewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang telah didaftarkan dalam daftar pemilih.

“Ia juga menyiasat sama ada pendatang asing di Sabah yang memegang kad pengenalan biru, resit pengenalan sementara (biru) atau kewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang telah didaftarkan dalam daftar pemilih.

“Selain itu Suruhanjaya itu akan menyiasat sama ada pihak berkuasa yang berkenaan telah mengambil apa-apa tindakan atau membuat apa-apa penambahbaikan kepada prosedur amalan standard, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan bagi mengelak apa-apa ketidakaturan dari segi undang-undang.

“Suruhanjaya itu juga akan menyiasat dengan lebih lanjut prosedur amalan standard, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berhubung pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di negeri ini dengan mengambil kira standard dan norma antarabangsa yang terpakai bagi Malaysia serta mengesyor apa-apa pindaan untuk memantapkan prosedur amalan standard, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu,” katanya.

Perdana Menteri itu berkata, Suruhanjaya Siasatan itu juga akan menyiasat sebab-sebab peningkatan populasi di Sabah mengikut kategori masing-masing iaitu warga Sabah yang menetap di Sabah, termasuk mereka yang diberikan kad pengenalan biru dan kewarganegaraan melalui sijil kelahiran (pendaftaran lewat), pekerja asing (termasuk ahli keluarga), pendatang asing tanpa izin (termasuk ahli keluarga) dan pelarian serta meneliti kesannya terhadap bilangan yang mendaftar dalam daftar pemilih.

Kita juga menyiasat implikasi sosial ke atas masyarakat di Sabah yang berbangkit daripada pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah dan menyiasat bilangan pendatang asing di Sabah yang telah diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan dengan mengambil kira status mereka sebagai orang yang tidak bernegara,” katanya.

Beliau berkata, suruhanjaya itu hendaklah menyelesaikan siasatannya dalam tempoh enam bulan dari tarikh tauliah pelantikan dikeluarkan dan laporannya akan diserahkan kepada Yang di-Pertua Agong.

“Penubuhan Suruhanjaya Siasatan ini membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Persekutuan untuk menyiasat isu-isu yang dibangkitkan berhubung pendatang asing di Sabah.

“Kerajaan berharap agar warga negeri Sabah akan mendapat manfaat daripada penubuhan Suruhanjaya Siasatan ini dan bersama-sama menyokong kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah yang berkaitan,” katanya.

Sebelum ini, pelbagai pihak di negeri ini termasuk parti komponen BN negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) begitu lantang menyuarakan masalah pendatang tanpa izin yang tidak berkesudahan dan berharap kerajaan BN melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan.

Berdasarkan jawapan di Parlimen tahun lepas, penduduk Sabah yang berjumlah 651,304 pada 1970 meningkat kepada 929,299 sedekad kemudian. Bagaimanapun bagi tempoh dua dekad selepas itu, populasi Sabah meningkat secara ketara kepada 1.5 juta dan dicatat pada 2,468,246 orang menjelang 2000.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline