|
9th August, 2012
PUTATAN: Para kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan di Kampung Ketiau dan Kampung Serigai, dekat sini digesa agar tidak menggunakan kenderaan berat untuk mengangkut bahan binaan mereka.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin berkata tidak ada gunanya jika projek yang dapat disiapkan beberapa bulan lebih awal jika sudah menunjukkan tanda-tanda lusuh pada jalan nya di kampung berkenaan.
Yahya turut menyalahkan kenderaan berat yang menggunakan jalan raya tersebut antara penyebab utama di sebalik keadaan jalan yang berlaku di kampung itu.
“Saya menggesa para kontraktor agar menggunakan lori yang lebih kecil apabila mengangkut barang-barang mereka kerana mempunyai jalan-jalan dalam keadaan seperti itu hanya selepas beberapa bulan siap benar-benar satu kerugian kepada kita,” katanya.
Beliau membuat kenyataan berkenaan kepada media ketika membuat lawatan ke atas jalan-jalan kampung yang telah dinaik taraf di dua kampung berkenaan.
Kos kerja-kerja penyelenggaraan di Jalan Lorong Kampung Ketiau adalah bernilai RM80, 000.
Manakala, projek naik taraf jalan masuk Kampung Serigai bernilai RM43 ribu, naik taraf jalan gravel ke Jalan Premix Kampung Serigai Fasa I dan Fasa II masing-masing bernilai RM55 Ribu dan RM50 Ribu.
Selain itu, Yahya turut melawat penyelenggaraan Jalan Lorong Kampung Ketiau yang bernilai RM80 ribu dan pembinaan rumah baru bernilai RM50 Ribu di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) untuk seorang pesara penduduk tempatan, Matahar Robin.
Menurut Yahya, Matahar layak untuk mendapatkan bantuan tersebut dan menyeru golongan yang tinggal di rumah usang dan mempunyai tanah mereka sendiri untuk memohon bantuan seperti itu.
Beliau juga berjanji bahawa lebih banyak projek akan dijalankan pada masa hadapan di dua buah kampung berkenaan.
Dalam rangka lawatan itu juga, Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Petagas diiringi oleh Setiausaha Politiknya, Mahlan Zinin, Pegawai Daerah Putatan, Ag. Abd.Ghani Pg.Yusoff, Pemangku Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Petagas, Ali Hussin Sharin dan beberapa pemimpin masyarakat setempat.
|