Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Duvo upisol SPRM om songuhun dazanak nopujulan kiniopon id kinohigaganan talun alun id Labuan |  10,778 unit hamin todoon id lahan pisokodungan do LPPB |  62 GERAN KOMUNAL PINAHABUS POLINTA |  Perkeso harap program pencegahan kurangkan kadar kemalangan |  Dua Pegawai SPRM dan bayi lelaki maut nahas jalan raya |  Cuepacs akan serah cadangan penjawat awam terus carum Perkeso kepada JPA |  Kalangan guru diberi amaran tidak buat perniagaan tanpa hirau waktu kerja |  K'jaan negeri ambil perhatian serius implikasi GST: Ramlee |  LPPB Sabah rancang bina 10,778 unit rumah mampu milik, kata Zakaria |  62 Geran Komunal dikeluarkan sehingga 31 Mei tahun ini: Musa |  Empat pelancong parah kereta dilanggar keretapi |  LAPORAN PERTEMPURAN TIDAK BETUL: KETUA ESSCOM |  Moyes kicks off United tenure at Swansea |  Justin: A match we can’t afford to lose |  Golf For Girls programme bearing fruit | 
 BM

JPJ keluarkan 85 notis termasuk saman menjelang musim perayaan

9th August, 2012

TAWAU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Tawau mengeluarkan sebanyak 85 notis saman pelbagai kesalahan dalam satu Operasi Pra Perayaan yang dijalankan di Batu 5 Jalan Apas pada malam Rabu.

Ketua Penguatkuasaan JPJ negeri, Abdul Rahman Datuk Mohd Zakaria berkata, daripada jumlah tersebut 38 notis saman dikeluarkan kerana kesalahan di bawah akta JPJ seperti, cukai jalan tamat tempoh, lesen tamat tempoh dan tiada lesen memandu.

Menurutnya, sebanyak 35 notis arah periksa dikeluarkan kepada kenderaan yang didapati berada dalam keadaan yang tidak selamat.

“Sebanyak 11 notis larangan pula dikeluarkan kepada penggunaan kenderaan selain menyita sebuah kenderaan atas kesalahan tamat tempoh cukai jalan dan tiada lesen memandu,’’katanya.

Beliau berkata demikian pada operasi bersepadu membabitkan tiga agensi iaitu Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah kebangsaan ( AADK ) dan PUSPAKOM di perkarangan Puspakom.

Dalam pada itu Abdul Rahman menyatakan, operasi tersebut dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya agar mereka sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan terutamanya pada musim perayaan ini.

Sementara itu dalam operasi sama, Jabatan Imigresen turut menahan seramai sembilan orang kerana kesalahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Menurut Abd Rahman, kesemua sembilan individu tersebut berusia antara 18 sehingga 27 tahun ditahan selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Dua daripada sembilan individu yang ditahan terbabit adalah wanita warga Filipina manakala selebihnya terdiri daripada warga Indonesia,’’katanya.

Jelasnya, AADK pula berjaya menahan seramai enam orang dalam operasi sama kerana didapati positif dadah dalam pemeriksaan yang dijalankan.

“AADK berjaya menahan enam individu lelaki berusia 20 sehingga 28 tahun selepas didapati positif dadah hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap mereka,’’ujarnya.

Tambahnya, kesemua individu yang ditahan, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline