Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Mercun, bunga api dirampas dalam empat serbuan

9th August, 2012

TAWAU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah (JKDM), berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai hampir setengah juta ringit dalam empat serbuan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengarah Kastam Sabah, Dr, Janathan Binbang berkata, kejayaan tersebut hasil daripada maklumat awam serta risikan yang dilakukan pihaknya dalam usaha membanteras kegiatan penjualan mercun dan bunga api tidak berleluasa.

Menurutnya, keempat-empat serbuan berkenaan dilakukan di kawasan Likas, Tuaran, Kinarut dan Inanam.

“Sememangnya pihak kita sedar akan cubaan menyeludup, menjual mercun dan bunga api kerana wujudnya permintaan yang tinggi terutama pada musim-musim perayaan ini,’’katanya.

Beliau yang berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama-sama dengan kakitangan Kastam di Surau Ar-Rahman, perumahan Kastam Taman Ria 11, di sini.

Menurutnya, Jabatan Kastam sentiasa komited menjalankan operasi secara berterusan untuk membanteras penyeludupan mencun dan bunga api.

“Kita sentiasa komited membanteras kegiatan penjualan bahan terlarang ini kerana ianya boleh mengancam keselamatan masyarakat serta boleh mengakibatkan kehilangan nyawa,’’katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline