Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Duvo upisol SPRM om songuhun dazanak nopujulan kiniopon id kinohigaganan talun alun id Labuan |  10,778 unit hamin todoon id lahan pisokodungan do LPPB |  62 GERAN KOMUNAL PINAHABUS POLINTA |  Perkeso harap program pencegahan kurangkan kadar kemalangan |  Dua Pegawai SPRM dan bayi lelaki maut nahas jalan raya |  Cuepacs akan serah cadangan penjawat awam terus carum Perkeso kepada JPA |  Kalangan guru diberi amaran tidak buat perniagaan tanpa hirau waktu kerja |  K'jaan negeri ambil perhatian serius implikasi GST: Ramlee |  LPPB Sabah rancang bina 10,778 unit rumah mampu milik, kata Zakaria |  62 Geran Komunal dikeluarkan sehingga 31 Mei tahun ini: Musa |  Empat pelancong parah kereta dilanggar keretapi |  LAPORAN PERTEMPURAN TIDAK BETUL: KETUA ESSCOM |  Moyes kicks off United tenure at Swansea |  Justin: A match we can’t afford to lose |  Golf For Girls programme bearing fruit | 
 BM

Syarikat pembinaan diperintah bayar balik wang pelanggan

9th August, 2012

KOTA KINABALU: Mahkamah Tribunal Tuntuan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini kelmarin, memerintahkan sebuah syarikat pembinaan mengembalikan sejumlah wang dari deposit yang telah dibayar oleh salah seorang pelanggannya.

Hap Soon Engineering (S) Sdn Bhd diperintahkan oleh Presiden TTPM, Dr. Lawrence S.H. Thien untuk mengembalikan RM1,400 kepada Guradita Singh dari tarikh award berkenaan.

Keputusan dibuat setelah mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak, iaitu penuntut (Guradita Singh) dan penentang (Hap Soon Engineering (S) Sdn Bhd) yang diwakili oleh Tan Chui Yun.

Mengikut butiran, di sekitar Jun, Guradita Singh telah menghubungi Hap Soon Engineering dan meminta syarikat berkenaan menukar ‘roller gate’ rumahnya yang telah rosak.

Namun, wakil dari Hap Soon Engineering telah menyatakan bahawa permukaan lantai di bahagian pagar rumah Guradita Singh yang tidak sekata merupakan punya kerosakan roller gate dan lantai itu harus diperbaiki dahulu.

“Setelah rundingan dibuat, dia (Guradita Singh) bersetuju untuk membaiki lantai di kawasan pagar terlebih dahulu sebelum membaiki roller gate dengan RM 3,200,”

Dia juga telah bersetuju untuk membayar wang deposit sebanyak RM1,600 iaitu 50% dari harga persetujuan,” kata Tan.

Namun katanya, setelah kerja pembaikan semula lantai telah dimulakan, Guradita Singh memaklumkan bahawa dia menukar fikiran dan hanya ingin membaiki roller gate sahaja.

Dalam pada itu, Guradita Singh menuntut kesemua jumlah wang deposit yang telah dibayarnya dikembalikan.

Dalam hal ini, Tan bersetuju untuk mengembalikan sejumlah wang deposit kurang RM200 untuk menampung segala kos membaiki lantai yang telah dijalankan.

Oleh itu, Dr. Lawrence memutuskan supaya Hap Soon Engineering membayar RM1,400 kepada Guradita Singh.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline