Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Projik Skim Panaakan Vaig Tawau Fasa 3 pisosoomo opongo vuhan Kavahu diti |  SOGT id Kinamis, SAMUR id Sipitang minongukab 3,743 kosivatan pakalajaan |  PINONUGKUAN ID LAHAD DATU AU KOGOMPITAN ID KOPOKIONUAN "SULTAN SULU": MUSA |  Pelanggan Astro kini boleh tonton filem blockbuster melalui Astro Best, Astro First |  PPDNKK Labuan periksa 7,490 premis, 13 diambil tindakan |  Penduduk Mukim Dalit sambut baik projek naik taraf jalan |  Janil: Elak pembaran terbuka pada musim kemarau |  Penduduk diminta sabar, kerja bina Jalan Cecily dijangka siap awal Ogos depan |  Polis masih soal siasat remaja perempuan yang dakwa diculik |  Ketibaan pelancong ke Sabah meningkat 6.6 peratus: Masidi |  10 Mahkamah Anak Negeri akan dibina di seluruh Sabah RMK-10 |  TUNTUTAN KE ATAS SABAH TIDAK SAH |  K’jaan prihatin kebajikan penduduk Tg Batu dan Tg Labian, kata Musa |  Iran, South Korea, Australia through |  Ten days to Sukma | 
 BM

APMM hasrat tempatkan pesawat di Sabah

9th August, 2012

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhasrat untuk menempatkan pesawatnya di Sabah bagi mempertingkatkan lagi keupayaannya mengawasi perairan negeri ini yang bersempadan dengan negara jiran.

Timbalan Ketua Pengarah APMM, Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, hasrat itu bagaimanapun hanya dapat direalisasikan sekiranya kerajaan berupaya menyediakan peruntukan bagi membina pangkalan udara APMM di negeri ini.

Menurutnya, jika peruntukan tersedia dan Kerajaan Sabah turut menyediakan peruntukan tanah, pihaknya berhasrat untuk membina pangkalan itu di Kota Kinabalu dan Sandakan, secepat yang mungkin.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerjanya ke Daerah Maritim 18, kelmarin.

Dengan adanya pesawat APMM katanya, ia akan dapat memudahkan lagi tugas-tugas pengawasan di kawasan perairan khususnya bagi mengekang kesalahan-kesalahan Maritim.

Terdahulu, Ahmad Puzi tiba ke daerah ini dari Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat jenis CL415 Bombardier milik agensi itu selepas melakukan tinjauan udara di beberapa kawasan perairan di Sabah.

Pesawat itu tiba dengan mendarat di perairan Teluk Cowie, sesuai dengan keupayaannya untuk mendarat di atas air.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline