Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Projik Skim Panaakan Vaig Tawau Fasa 3 pisosoomo opongo vuhan Kavahu diti |  SOGT id Kinamis, SAMUR id Sipitang minongukab 3,743 kosivatan pakalajaan |  PINONUGKUAN ID LAHAD DATU AU KOGOMPITAN ID KOPOKIONUAN "SULTAN SULU": MUSA |  Pelanggan Astro kini boleh tonton filem blockbuster melalui Astro Best, Astro First |  PPDNKK Labuan periksa 7,490 premis, 13 diambil tindakan |  Penduduk Mukim Dalit sambut baik projek naik taraf jalan |  Janil: Elak pembaran terbuka pada musim kemarau |  Penduduk diminta sabar, kerja bina Jalan Cecily dijangka siap awal Ogos depan |  Polis masih soal siasat remaja perempuan yang dakwa diculik |  Ketibaan pelancong ke Sabah meningkat 6.6 peratus: Masidi |  10 Mahkamah Anak Negeri akan dibina di seluruh Sabah RMK-10 |  TUNTUTAN KE ATAS SABAH TIDAK SAH |  K’jaan prihatin kebajikan penduduk Tg Batu dan Tg Labian, kata Musa |  Iran, South Korea, Australia through |  Ten days to Sukma | 
 BM

Kerajaan tanggung 90 peratus belanja pendidikan tinggi

9th August, 2012

TEMERLOH: Kerajaan menanggung 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat negara ini, sekali gus menjadikan Malaysia satu-satunya negara yang menyediakan peruntukan besar untuk kos pendidikan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata subsidi itu meliputi pengajian di dalam dan luar negara.

“Sebenarnya, pelajar di peringkat pengajian tinggi hanya menanggung kos sebanyak 10 peratus sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 832 pelajar kawasan Parlimen Temerloh, di sini.

Beliau berkata komitmen itu menunjukkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional bersungguh-sungguh untuk memajukan bidang pendidikan bagi melahirkan lebih ramai rakyat berilmu untuk mewarisi kepimpinan negara.

“Menerusi PTPTN misalnya, kerajaan telah memberikan pinjaman pendidikan dan biasiswa kepada kira kira 1.94 juta pelajar pelbagai kaum membabitkan peruntukan lebih RM44 billion setakat ini,” katanya.

Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Temerloh berkata parti pembangkang di Malaysia hanya tahu mengkritik tanpa pernah berfikir secara rasional mengenai apa yang dilakukan kerajaan selama ini demi kesejahteraan rakyat, bangsa dan negara.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline