Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

SPR JAMIN DAFTAR PEMILIH BERSIH

090812-lead-1
BINCANG...Abdul Aziz (tengah) bersama beberapa pemimpin politik yang hadir pada majlis itu.

9th August, 2012

KOTA KINABALU: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi jaminan bahawa daftar pemilih adalah bersih.

Beliau berkata dalam suku pertama tahun ini SPR telah memotong sebanyak 18,412 nama pemilih yang meninggal dunia dan sebanyak 27, 785 untuk suku kedua tahun ini.

“Sepanjang tahun 2011, SPR telah memotong sebanyak 68,516 nama pemilih yang telah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perjumpaan SPR bersama pemimpin parti-parti politik dan media di negeri ini, di Magelan Sutera, di sini, kelmarin.

Abdul Aziz berkata, bagi melancarkan usaha SPR membersihkan daftar pemilih, kerjasama padu pemilih dan pihak yang menjumpai maklumat yang hendak diperbetulkan itu amat penting.

“Di peringkat SPR, kita berusaha sepanjang masa untuk membersihkan daftar pemilih tapi jumlahnya begitu besar iaitu 13 juta, jika tiada kerjasama daripada pihak yang menjumpai maklumat itu sebaliknya memaklumkannya kepada pihak media, sukar bagi kita untuk membersihkannya.

“Saya beri jaminan bahawa daftar pemilih SPR adalah bersih, kalau ada kesilapan teknikal, peratusannya adalah kecil, ini tidak bermakna kita berkompromi tetapi kita mahu bersihkan sepenuhnya,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap para pengundi dan pemilih dapat menggunakan sebaik mungkin peluang pada suku ketiga tahun ini iaitu pada Ogos dan September untuk menyemak butiran diri masing-masing.

“Kita sedia maklum, daftar pemilih SPR sering dipertikaikan bahawa ia tidak bersih tetapi sebenarnya kita telah membersihkan daftar pemilih ini setiap hari.

“Bagaimanapun SPR terikat dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang ada, kami tidak boleh mengubah maklumat-maklumat daftar pemilih sesuka hati walaupun kita tahu ia salah. Maklumat yang didaftar hanya boleh diubah oleh pemilih itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, sebarang pembetulan butir-butiran seperti ejaan nama, agama, jantina, alamat, tarikh lahir dan nombor kad pengenalan hanya boleh diubah oleh pemilih.

“Kalau didapati butir itu salah, yang mengetahui kesalahan atau kesilapan itu ialah pemilih itu sendiri, SPR tidak tahu sekiranya tidak diberitahu, jadi saya berharap dalam tempoh suku ketiga tahun ini, ambil peluang untuk membuat pembetulan,” katanya.

Abdul Azizz berkata, sebarang pembetulan boleh dibuat dengan pelbagai cara iaitu melalui laman sesawang SPR iaitu www.spr.gov.my, sistem pesanan ringkas (SMS), kaunter SPR atau telefon ibu pejabat atau pejabat di Sabah.

“Bagi mereka yang ingin menyemak melalui SMS, taip SPR jarak SEMAK jarak dan No Kad Pengenakan dan hantar ke 15888. Sekiranya didapati terdapat kesilapan atau namanya terpotong, maka tindakan segera untuk membetulkannya perlu dilakukan dengan memaklumkannya kepada SPR,” katanya.

Beliau berkata SPR telah membuat pembetulan sebanyak 2,919 nama, jantina dan agama dalam daftar pemilih dari Januari hingga Jun tahun ini.

“SPR bermesyuarat setiap bulan dan setiap mesyuarat itu ada sahaja pembetulan daripada pemilih-pemilih yang memohon untuk membuat pembetulan.

“Antaranya pembetulan nama sebanyak 441, jantina sebanyak 221 dan agama (148). Pembetulan dari segi nama disebabkan pemilih itu tukar nama selepas berkahwin atau tukar agama.

“Manakala pembetulan jantina pula ialah dia memang seorang lelaki tetapi kesilapan teknikal dia didaftarkan sebagai perempuan. Begitu juga dengan agama, semasa mendaftar sebagai pemilih dia beragama lain tetapi selepas berkahwin dia tukar agama lain,” katanya.

Sehubungan itu katanya, kerjasama daripada pemilih untuk menyemak dan mengemaskini maklumat peribadi serta memberitahu kepada SPR sebarang perubahan amat penting bagi membersihkan daftar pemilih.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline