Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Projik Skim Panaakan Vaig Tawau Fasa 3 pisosoomo opongo vuhan Kavahu diti |  SOGT id Kinamis, SAMUR id Sipitang minongukab 3,743 kosivatan pakalajaan |  PINONUGKUAN ID LAHAD DATU AU KOGOMPITAN ID KOPOKIONUAN "SULTAN SULU": MUSA |  Pelanggan Astro kini boleh tonton filem blockbuster melalui Astro Best, Astro First |  PPDNKK Labuan periksa 7,490 premis, 13 diambil tindakan |  Penduduk Mukim Dalit sambut baik projek naik taraf jalan |  Janil: Elak pembaran terbuka pada musim kemarau |  Penduduk diminta sabar, kerja bina Jalan Cecily dijangka siap awal Ogos depan |  Polis masih soal siasat remaja perempuan yang dakwa diculik |  Ketibaan pelancong ke Sabah meningkat 6.6 peratus: Masidi |  10 Mahkamah Anak Negeri akan dibina di seluruh Sabah RMK-10 |  TUNTUTAN KE ATAS SABAH TIDAK SAH |  K’jaan prihatin kebajikan penduduk Tg Batu dan Tg Labian, kata Musa |  Iran, South Korea, Australia through |  Ten days to Sukma | 
 BM

Raja Muda Perlis lancar program perkenal makanan tradisional Perlis di Sandakan

3rd August, 2012

SANDAKAN: Setiap kali tibanya sambutan hari kemerdekaan negara yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun, pasti lagu patriotik yang salah satu petikan liriknya berbunyi “Dari Perlis sampailah ke Sabah kita sudah merdeka” akan berkumandang di corong-corong radio dan televisyen.

Lagu pembakar semangat seluruh rakyat jelata itu memberikan pengertian cukup mendalam mengenai penyatuan 13 negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, sekali gus mengajak rakyat agar terus mempertahankan kemerdekaan yang telah dikecapi dalam tahun 1957.

Namun demikian, siapa sangka, semenjak berkumandangnya lagu keramat ini secara tidak langsung telah mendekatkan lagi jarak antara Sabah dan Perlis di Utara Semenanjung Malaysia itu.

Untuk itu, usaha mempertingkatkan hubungan silaturrahim sedang giat dilakukan menerusi pelancaran produk pelancongan berasaskan makanan tradisional yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan di Negeri Indera Kayangan ini.

Bertempat di Cafe Sails, Hotel Swiss Inn di Sandakan Harbour Square (SHS) di sini, pada Rabu, Ke bawah Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perlis, Brig. Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan melancarkan makanan tradisional Perlis sempena lawatan kerja Baginda ke daerah ini selama empat hari.

Baginda turut diiringi isteri Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam majlis ringkas dihadiri Timbalan Presiden Majlis Perbandaran (MPS), Haji Mohd Hamsan Awang Supain; Pengarah Kementerian Pelancongan Negeri Perlis, Anuar Abidin dan Pengurus Hotel Swiss Inn, Jef Kong berserta rombongan delegasi negeri itu.

Sebanyak lima menu makanan tradisional Perlis yang akan disediakan selama sebulan di Cafe Sails, hotel berkenaan antaranya Arau Chicken Curry, Fried Fish Fillet Kuala Perlis, Nasi Goreng Istimewa Pauh, Kangar Fried Bihun dan Spring Roll Padang Besar.

Sementara itu, Anuar yang ditemui memberitahu objektif program pelancongan ini adalah bagi memperkenalkan masakan negeri Perlis yang unik kepada semua khususnya penduduk di negeri ini khasnya Sandakan.

Katanya, usaha itu turut menjadi panduan kepada pelancong dalam dan luar negara yang mahu bertandang ke negeri itu.

“Ini merupakan usaha menarik kedatangan pelancong ke negeri Perlis untuk melihat dengan lebih dekat lagi kepelbagaian makanan tradisionalnya yang sangat unik,” jelasnya semasa ditemui New Sabah Times selepas majlis itu.

Anuar berkata, program memperkenalkan makanan Perlis bukannya baru kerana sebelum ini pun ke mana sahaja Baginda berangkat untuk melakukan lawatan samada di dalam negara mahu pun luar negara akan diisi dengan aktiviti pelancaran produk-produk makanan.

Katanya, daerah Sandakan merupakan yang pertama kali bagi pelancaran makanan Perlis sempena lawatan kerja Baginda ke sini.

“Untuk merasai keenakan makanan-makanan dari negeri Perlis maka bolehlah bertandang ke Cafe Sails di Hotel Swiss Inn kerana ia akan disediakan selama sebulan,” ujarnya.

Menurutnya, tukang masak Cafe Sails akan memasak sendiri menu makanan tradisional Perlis tetapi menggunakan resepi tukang masak dari negeri terbabit.

Tambah Anuar, program pelancongan yang berasaskan produk makanan seperti ini akan merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara kedua-dua negeri.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline