Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
M’sia kobuu id sistom balajalan nung songovian manaak ponotohan kumaa balajalan doid tanak |  Tinimungan komuhakan mositi tomoimo poinsosoguhu kopongintangan: Musa |  MAZAA LAMAI KAAMATAN KOOVIT NOGI KOBUUON IKONOMI POGUN |  Mourinho: My worst ever season! |  Ibu bapa perlu beri penekanan terhadap pendidikan anak-anak |  Rodgers salutes retiring Carragher |  Denmark’s Hoyer-Larsen wins BWF presidency |  Sportsman Ricky on cloud nine |  31 motosikal disita dalam Ops Motosikal |  Holistic approach to elevate sports industry |  Raja Muda Perlis mahu rakyat celik media |  French president signs gay marriage bill into law |  Philippines rejects Taiwan ‘murder’ claims |  N Korea fires short-range missiles |  Pusat Khidmat Masyarakat BN akan diwujud: Razman | 
 BM

Ahli Parlimen Sabah dicadang isi jawatan timbalan menteri

3rd August, 2012

KOTA KINABALU:Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berpendapat wakil rakyat dari Sabah wajar dipertimbangkan untuk mengisi jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menggantikan Datuk Seri Lajim Ukin.

Bagaimanapun, beliau berkata terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskannya.

“Kalau diberi kepada (wakil rakyat) Sabah lebih baiklah,” katanya kepada pemberita pada majlis pengagihan Tangki 1Malaysia Daerah Putatan di Dewan Serbaguna Putatan, di sini, kelmarin.

Pada Selasa lepas, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan Lajim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pada Sabtu lepas, Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan meletakkan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta. Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota Umno.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri tidak menolak kemungkinan ‘tiada kehendak atau keperluan’ bagi jawatan timbalan menteri itu diisi memandangkan pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa.

Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau berkata sumbangan tangki 1Malaysia itu bagi memastikan penduduk kampung yang kurang berkemampuan mempunyai bekalan air mencukupi meskipun kawasan Putatan tidak mengalami krisis bekalan sumber itu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline